26 Mac 2009

Sejenak Perhimpunan UMNO 2008

Rabu Mac 18, 2009 :
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan politik wang. Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Rabu Mac 25, 2009 :
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda Umno dengan 304 undi, tewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Dr Mahathir.
Sejenak :
1. Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih secara demokrasi oleh perwakilan pemuda, KJ, adalah pemimpin yang didapati bersalah politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri.
2. Mukhriz berkempen dgn tagline "BERANI BERUBAH", Khir Toyo dgn tagline "BERANI", dan KJ dgn tagline "SETIAKAWAN". Metaphoricly, dgn kemenangan KJ, nampak Pemuda UMNO seperti tidak BERANI dan tidak BERANI BERUBAH.
3. Kalau KJ boleh menang..... konfem Ali Rustam boleh menang, kalau dia dibenarkan bertanding.
4. Adakah UMNO masih releven sbg sebuah parti politik pejuang bangsa Melayu/ Agama? Atau hanya parti menuai KORUP Melayu (Dgn Izin)? Kita lihat "CARA" pemilihan pemimpin2 UMNO. Tepuk dada, tanya minda.
5. Based on points above.....are we going to see the REFORM of UMNO, as screamed by Najb Razak yesterday? Kita ikut sama2 kata2 Najib.."Berubahlah, atau rebah."

~ Encik Walla ~

18 Mac 2009

PPSMI

  1. Agak lambat aku memberikan respons terhadap isu ini. Aku minta maaf.
  2. Ada pihak yang mempertikaikan pelaksanaan PPSMI setelah 6 tahun dilaksanakan. Pelbagai alasan yang telah diberikan oleh mereka. "Memartabatkan Bahasa Melayu". "Keciciran Pelajar Melayu Dalam Sains & Matematik".
  3. Antara alasan yang diberikan, pelajar Melayu akan keciciran apabila Sains & Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris. Aku kurang bersetuju dengan premis ini kerana sebagai guru, jika anak murid didapati kurang berminat dengan pelajaran disebabkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris, guru tersebut boleh mengadakan sesi pembelajaran dalam dwibahasa. Aku sendiri pernah melakukan sedemikian ketika aku di sekolah lama dahulu yang mana rata-rata pelajarnya adalah pelajar luar bandar (FELDA & tanah rancangan).
  4. Jika guru merasakan sukar untuk mengajar Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah bandar, guru tersebut perlulah memajukan diri. Lagipun guru diberikan BISP (Bayaran Imbuhan Subjek Penting) untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing (iaitu sebanyak 10% daripada gaji pokok bagi guru lepasan diploma (PPPLD) dan 5% daripada gaji pokok bagi guru siswazah (PPPS))
  5. Walaupun begitu, ada beberapa perkara berkenaan PPSMI yang tidak aku setuju. Pertama, pelaksanaannya yang agak kelam kabut. Peralatan dilambakkan ke sekolah, pembekalan komputer bimbit yang tidak perlu sebenarnya dan penyalahgunaan komputer bimbit (komputer bimbit digunakan oleh guru yang bukan guru PPSMI). Perkara ini berlaku di sekolah lama aku dahulu.
  6. Bagi aku, tidak perlu dibekalkan komputer bimbit kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Faktor keselamatan juga perlu diambil kira kerana banyak kes kehilangan komputer bimbit dilaporkan apabila berada dalam pemilikan guru PPSMI. Ada juga guru yang diperuntukkan komputer bimbit PPSMI tersebut yang menjadikan komputer itu hak milik peribadi.
  7. Untuk menambahbaikkan penguasaan Bahasa Inggeris, lebih baik sekiranya waktu bahasa Inggeris itu sendiri yang ditambah dan bukannya matapelajaran Sains & Matematik yang dikorbankan.
  8. Selain itu, bagi sekolah rendah, sebaik-baiknya pembelajaran Sains & Matematik itu dijalankan secara dwibahasa, seperti di sekolah-sekolah vernakular (SRJK Cina & Tamil) agar pelajar dapat memahami asasnya terlebih dahulu.
  9. Berbalik kepada isu sebenar, kenapa harus kita halang daripada anak-anak Melayu kita untuk belajar lebih banyak Bahas Inggeris? Daripada pengalaman aku sendiri, ramai kawan-kawan aku yang bagus dari segi pelajaran tetapi kurang penguasaan Bahas Inggeris mereka.
  10. Benar, ada yang mengatakan Korea Selatan, Jepun & German maju menggunakan bahasa kebangsaan mereka tanpa menggunakan Bahasa Inggeris. Namun harus kita ingat, kadar terjemahan buku-buku ilmu di negara-negara tersebut sangat pesat jika dibandingkan dengan negara kita. Jadi untuk memudahkan penguasaan ilmu dengan lebih cepat, ada baiknya jika kita mempelajari ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris.

10 Mac 2009

Mencari Calon Untuk Biasiswa Zakat Pasca-ijazah dalam Teknologi Marin ( Marine Technology) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai

Kami sedang mencari calon untuk Biasiswa Zakat Pasca-ijazah dalam Teknologi Marin ( Marine Technology) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Biasiswa meliputi yuran pengajian dan kos sara hidup serta kos-kos lain yang berkaitan untuk sepanjang tempoh pengajian (4 semester untuk Masters, 6 Semester untuk PhD). Masters boleh diambil secara penyelidikan atau kerja-kursus.

Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda (min CGPA 3.00)/Masters dalam bidang sains atau kejuruteraan. Oleh kerana ianya dari Tabung Zakat, ianya hanya untuk Muslim dan berlatarbelakang keluarga kurang mampu.

Jika anda berminat sila hantarkan CV kepada saya sebelum 4ptg Jumaat 13th Mac 2009. Sila nyatakan latarbelakang kewangan keluarga anda.

Dr. Omar Yaakob
Ketua Jabatan Teknologi Marin
Universiti Teknologi Malaysia
omar@fkm.utm.my

08 Mac 2009

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Jumaat 6 Mac 2009 - Aku diminta untuk mengiringi pelajar ke Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Tekaan aku bahawa malam itu akan membosankan aku ternyata meleset sama sekali. Aku akui aku tertarik dengan beberapa fakta yang aku dapati daripada buku program majlis malam tersebut. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Namun begitu, umum tidak mengetahui bahawa kini Bahasa Melayu adalah bahasa keempat dunia yang dituturkan dengan kira-kira 300 juta penuturnya diseluruh dunia.

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini dibahagikan kepada dua kategori, Nusantara dan Antarabangsa. Bagi kategori Nusantara, penyertaan terbuka untuk peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Bagi peserta dari Thailand pula, aku kurang pasti sama ada bertanding dalam kateggori Nusantara ataupun Antarabangsa kerana kedua-dua peserta dari Thailand tidak berjaya ke peringkat akhir.

Aku tertarik dengan peserta dari China, Li Jing ataupun nama Melayunya, Siti Hajar. Walaupun tutur katanya masih ada telor cina, namun masih menarik perhatian penonton dengan selingan nyanyiannya. Aku terfikir, jika rakyat China yang sangat asing dengan Bahasa Melayu boleh menuturkannya dengan baik sekali, kenapa tidak bangsa Cina di negara kita sendiri?

Crowd favourite malam itu, Novavi Sleh (Nawawi Saleh) dari Kemboja, sangat mencuit hati dengan selokanya. Jika aku tidak melihat sendiri empunya badan, sudah pasti akan aku katakan Novavi itu rakyat Malaysia, berketurunan Melayu dari Selangor. Kefasihannya berpidato dalam bahasa Melayu sangat-sangat menggamatkan suasana malam tersebut.

Klik disini :
  1. Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

05 Mac 2009

Futsal Anyone?

ADMIRAL FUTSAL CHAMPIONSHIP 2009

Lokasi : SUNWAY PYRAMID 3 LAND
Tarikh : 29 Mac 2009
Masa : 8am - 7pm
Penganjur : ADMIRAL & MVP Sport Promotion

Tarikh tutup daftar : 22 Mac 2009
Yuran Pendaftaran : RM100

Kategori :

1. 15 tahun dan ke bawah
(Hadiah Baucer Tunai : 1st RM1000, 2nd RM800, 3rd RM500, 4th RM300)
2. 18 tahun dan ke bawah
(Hadiah Baucer Tunai : 1st RM1200, 2nd RM1000, 3rd RM800, 4th RM500)
3. Lelaki Terbuka
(Hadiah Baucer Tunai : 1st RM1500, 2nd RM1200, 3rd RM1000, 4th RM600)

Borang boleh didapati di Butik N-Concept Store

~BB Plaza 0321489671
~Leisure Mall 0391335655
~JUSCO Ampang 0342532955
~JUSCO Kepong 0362570955
~Sunway Pyramid 0356221655
~IOI Mall 0380762955
~Giant Kota Damansara 0361422955
~SACC Mall 0355105655
~JUSCO Bukit Tinggi 0333262955
~JUSCO Sri Kembangan 0389411655
~Banting 0331804042

Atau hubungi Mr Tommy Siow 012-3981028 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

04 Mac 2009

Bench Marking

Hujung minggu lepas aku ke Kedah untuk lawatan penanda aras ke SMK Sultanah Bahiyyah & SMK Sultanah Asma, Alor Star. Secara umumnya, sebarang program yang baik di kedua-dua sekolah tersebut boleh di implementasikan di sekolah aku. Memang jauh beza antara sekolah aku dengan kedua-dua sekolah tersebut, terutamanya dari segi keceriaan di SMK Sultanah Bahiyyah.

Ruang di bawah pejabat SMK Sultanah Bahiyyah
Asrama SMK Sultanah Bahiyyah
Dorm SMK Sultanah Bahiyyah
Ruang rehat asrama SMK Sultanah Bahiyyah