25 November 2007

Happy Birthday To Me!


Thank you my dear for the cake, even though it's your favourite, not mine :-p

Kalau korang tak nampak apa yang tertulis kat atas kek tu, it's written as

Happy 26th Birthday My Teddy Bear

Aku rasa memang confirm pekerja kat Secret Recipe tu gelak guling-guling masa dia nak tulis kat kek tu. :-) No party, nothing, just the two of us celebrating my birthday, even though a day late because she was not feeling very well on Saturday. Thank you again, my dear!

22 November 2007

Aktiviti Hujung Minggu Di Cuti Sekolah

Hujung-hujung tahun begini adalah waktu biasa untuk menerima jemputan ke majlis-majlis perkahwinan. Aku turut tidak terkecuali. Nampak gayanya hujung minggu aku sememangnya sibuk kali ini.

24/11 : Harijadi aku yang ke 26 (Sebarang hadiah diterima tanpa banyak soal)
Majlis perkahwinan di Seremban
01/12 : Majlis perkahwinan di Bandar Sunway
08/12 : Harijadi Ibu yang ke 56
Majlis perkahwinan di Labu
Kursus ...
09/12 : Kursus ...
16/12 : Majlis perkahwinan di Gombak

Ada lagi? Entah, aku kurang pasti. Nanti aku kemaskini kembali senarai ini.

21 November 2007

Kad Kredit

Hari ini, 21 November 2007, jam 11:12 pagi, aku menerima satu panggilan telefon. Nombornya tidak aku kenali. Nombornya, +60340414677. Berikut adalah perbualan antara aku dengan pemanggil.

(Telefon berbunyi)

Aku (A) : Hello.
Pemanggil (P) : Hello, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Encik Rasis?
A : Ya, saya bercakap.
P : Ya En. Rasis, saya XXX dari Bahagian Kad Kredit. Saya menelefon encik untuk memastikan bahawa kad kredit encik tiada apa-apa masalah dan juga untuk memberikan satu kad bonus kepada encik. Adakah encik menggunakan kad kredit CIMB?

Waktu ini aku dapat merasakan ini adalah percubaan penipuan. Namun begitu aku sengaja melayan panggilan ini, untuk memastikan sejauh mana pemanggil ini cuba menipu.

A : Tidak ada.
P : Jadi encik menggunakan kad kredit dari bank mana?
A : Maybank dan Citibank.
P : Boleh tak encik sebutkan nombor 16 digit yang tertera di hadapan kad Citibank encik?
A : XXXX, XXXX, XXXX, XXXX (sebenarnya aku tak tengok pun kad aku, aku sebut sahaja nombor yang terlintas dalam kepala)
P : Baiklah encik. Boleh tak encik terbalikkan kad encik? Boleh tak encik beritahu saya ada berapa nombor di belakang kad encik, 15 atau 19 nombor?
A : 19 nombor
P : Boleh tak encik bacakan nombor-nombor tersebut?

Apa kau ingat aku bodoh? Sampai tahap ini pemanggil masih mencuba untuk memperbodohkan aku. Mungkin dia ingat rezeki dia hari ini.

A : Kalau awak nak bagi saya kad itu, kenapa saya perlu beritahu awak nombor di belakang kad saya itu?
P : Ini adalah prosedur encik, supaya saya dapat pastikan yang kad encik itu masih aktif. Boleh tak encik bacakan nombornya?
A : Takpelah, terima kasih! (terus aku letakkan telefon)

Aku cuba menelefon kembali nombor itu tetapi penjawab panggilan itu seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu. Banyak kali aku baca mengenai penipuan sebegini (sila baca disini, disini dan disini). Nasib baik aku tidak sempat untuk memaki hamun pemanggil itu (sila jangan tiru apa yang aku ingin buat). Mungkin aku akan buat satu laporan polis. Apa pendapat anda?


15 November 2007

Minggu Terakhir Di SMK Astana

Minggu-minggu terakhir persekolahan memang meletihkan. Kertas peperiksaan yang perlu ditanda, pelbagai yuran yang perlu diuruskan, pelbagai fail yang perlu dikemaskini, pelajar-pelajar yang perlu dikawal. Peperiksaan sudahpun berakhir minggu lepas, pelajar hanya hadir ke sekolah untuk menghabiskan sisa-sisa hari persekolahan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tiada kerana sukatan sudahpun dihabiskan. Sekolah luas, agak sukar untuk mengawal semua pelajar.

P/s : ada lagi kerja aku yang belum dibereskan. Mungkin 2 minggu pertama akan dihabiskan di sekolah untuk menyelesaikannya. Bulan Disember, aku akan lebih sibuk. Kenapa? Akan diberitahu kelak. Bukan, bukan majlis perkahwinan aku. Itu akan menyusul tahun hadapan. Terima kasih.

10 November 2007

Pemansuhan Yuran Sekolah Dalam Bajet 2008 : Satu Penjelasan

Aku percaya sebahagian besar, jika tidak semua rakyat Malaysia masih ingat mengenai Bajet 2008 dimana Pak Lah telah menyatakan bahawa mulai tahun 2008, yuran sekolah akan dimansuhkan. (sila rujuk entri aku sebelum ini disini.) Media cetak dan eletronik juga telah menemuramah ibu bapa pelajar dan menyiarkan komen positif terhadap pembentangan Bajet 2008 itu.

Ada yang menyatakan langkah kerajaan menghapuskan yuran sekolah adalah suatu tindakan tepat oleh kerajaan yang mementingkan rakyat. Tidak kurang juga ada yang memuji kerajaan kerana membentangkan bajet pemurah itu.

Namun begitu, setelah diteliti, yuran sekolah yang dimansuhkan itu hanyalah berjumlah RM4.50 (untuk sekolah rendah) dan RM9.00 (untuk sekolah menengah). Menurut Dato' Alimuddin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, ibu bapa masih perlu membayar yuran pilihan yang diluluskan jabatan pendidikan negeri seperti yuran kegiatan, yuran sukan dan sebagainya. Selain itu pelajar juga tidak terkecuali daripada membayar yuran PIBG, yuran komputer dan sebagainya.

Bagi mereka yang bersekolah asrama, pelajar diperlukan membayar yuran makanan, asrama, dobi, tuisyen dan sebagainya yang boleh mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setahun.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, pelbagai yuran ini akan dikelaskan mengikut pakej-pakej yang tertentu, dinamakan Pakej A, Pakej B dan Pakej C. Setiap sekolah akan memilih pakej mana yang akan dikenakan di sekolah masing-masing dan pemilihan pakej bergantung kepada kemampuan pelajar yang difikirkan oleh pihak pentadbir sekolah.


Sumber :
  1. Sumber 1
  2. Sumber 2

06 November 2007

What Did You Do For Your Love One?

Apa yang pernah anda lakukan untuk orang yang tersayang? (gf/bf, tunang, suami/isteri). Aku? aku rasa setiap tahun ada sahaja benda-benda mengarut yang aku lakukan. Disember 2005, aku drive Kuantan-Sepang-Kuantan dari jam 4.00 petang hingga 7.00 pagi keesokan harinya menaiki kereta merah (Mitsubishi Tredia) yang separa uzur.

Mac 2006, sewaktu aku menghadiri kursus di Mines Beach Resort, satu kejutan telah aku lakukan untuk orang tersayang. Aku memandu dari Bangi ke Tanjung Malim hanya semata-mata untuk bertemu dengannya di malam hari. Mac 2007, aku sekali lagi ke Tanjung Malim, kali ini dari Kuantan untuk menghadiri majlis konvokesyennya.

Terkini, semalam, 5 November. Aku telah mengirimkan sejambak ros 12 kuntum ke SDAR, tanpa memberitahunya, tanpa sebarang hint atau klu. Kenapa? Kerana aku benar-benar menyayanginya. Aku sukakan elemen kejutan atau surprise. Apakah yang telah anda lakukan untuk insan tersayang anda?

12 kuntum ros merah + 2 teddy bear :-)

SISTEKS? eMATEKS?

Minggu lepas, aku menghadiri satu taklimat (lebih kepada kursus) pengurusan buku teks di sekolah. Aku pergi pun sebenarnya untuk menggantikan orang lain, Abang Sabri yang MC pada waktu itu. Kursus itu dijalankan dari 30 Oktober hingga 2 November. Secara ringkasnya, kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru cara-cara untuk menggunakan program SISTEKS untuk memudahkan pengurusan buku teks (peminjaman dan pemulangan) di sekolah masing-masing. Program ini sebenarnya adalah program yang dibina menggunakan perisian Microsoft Access (TM). Pada pendapat aku, SISTEKS versi 1.0 ini perlu pemurnian yang lebih baik. Namun begitu, usaha yang cuba dilakukan oleh Bahagian Buku Teks ini patut dipuji kerana sedikit sebanyak dapat memudahkan tugas guru-guru SPBT di sekolah-sekolah.

Hanya satu yang perlu ditekankan, tempoh kursus yang singkat adalah tidak mencukupi untuk guru-guru yang menghadiri kursus tersebut untuk menguasai program itu sepenuhnya. Seharusnya untuk kursus ini, pihak penganjur menyediakan satu mock database supaya latihan yang lebih menyeluruh, dari awal hingga akhir, dari proses merekodkan stok hinggalah proses peminjaman dan pemulangan buku, dapat dijalankan.

Kursus dijalankan di Citiview Hotel Kuantan. Hotel, boleh la. Bathroom je yang aku rasa sempit sikit. (Mungkin sebab aku biasa stay kat 4 & 5 star kot, Swiss Garden Kuantan, Mines Beach Resort & Spa, Swiss Garden Damai Laut Lumut, Legacy Melaka). What do you expect from a 3 star hotel? But one thing, the food was quite okay compared to some others hotels. They even serve nasi dagang for breakfast (kat Hotel Seri Malaysia Marang pun tak pernah breakfast nasi dagang).

p/s : SISTEKS - Sistem Pengurusan Buku Teks
eMATEKS - Pemantauan Pengedaran Buku Teks Secara Elektronik

03 November 2007

STAR OBW '07 (26 - 28 Oktober 2007)

OBW (Old Boy's Weekend) adalah satu acara tahunan yang dijalankan oleh STAROBA setiap tahun. Objektif utama OBW ialah untuk mengumpulkan bekas-bekas pelajar STAR dari semua batch untuk beramah mesra antara batch, sesama batch dan juga bekas-bekas guru. OBW kali ini agak grand sempena sambutan ulang tahun STAR yang ke 50. Penyertaan agak ramai (mungkin lebih dari 3000 jika berdasarkan pendaftaran nombor bertuah). Ini tidak termasuk OB yang datang tapi tak register.

Dari segi fizikal, OBW kali ni memang grand. Mengikut kata Boy, yang ada pun benda mengarut macam paintball dan baling-baling tin macam kat funfair. Gerai-gerai makan 24 jam turut disediakan. Makan malam perdana diadakan di atas padang. Tidak seperti dahulu yang menyediakan banyak gerai-gerai makanan semasa grand dinner, kali ini makanan dihidangkan di atas meja. Ada 20 khemah besar, dimana setiap khemah boleh memuatkan 12 meja. Setiap meja pula boleh memuatkan 10 orang. Korang kira la ye.

Perlawanan OB vs STAR, ragbi je yang rasmi. basketball pun ada gak, tapi tak rasmi la. Ragbi, OB kalah. Mungkin sebab rendang stok raya tak habis keluar lagi, sebab tu berat je badan. Hehehe...

Memang berbaloi pergi OBW kali ni sebab kemeriahan dan ke'grand'annya berbanding OBW yang lepas-lepas. Yang tak berbaloinya, registration fee RM150. Makanan standard dining hall je, dapat pun beg, botol air sukan, topi, kaca yang ada engrave STAR 50 tahun, paper weight dan picture-less name tag (ala-ala kad matrik). T-shirt, takde pun.

Pendaftaran pun kat 1 tempat je, balai hinggap. Kat situ lah pendaftaran untuk grand dinner, paintball, futsal. Memang kelam kabut.

Sebahagian cabutan bertuah diadakan masa grand dinner. Namun begitu, cabutan ditangguhkan selepas mesyuarat STAROBA untuk menghalang OB dari balik awal. Yang menjadi kemusykilan, cabutan untuk proton savvy yang diwar-warkan, tiada. Macam-macam alasan yang diberikan. Nasib baik aku tak masuk. Hehehe...

Aktiviti-aktiviti lain, jumpa cikgu faridah, gi rumah cikgu noraini, jumpa pak cheng, makan kat halimah bachik. Yang aku tak sempat buat, makan kat TKK, jalan-jalan ipoh, tawaf star, gi benteng.
Cikgu Noraini, favourite teacher Batch of 38

Cikgu Zainuddin, cikgu pengawas aku dulu

Tapi 1 berita yang agak menyedihkan, Sukun kena tahan wad sebab hypertension. BP dia tinggi, 191/144. Banyak la sebabnya, tak cukup tidur, fatigue some more. Jaga diri, jaga kesihatan korang. Cheers!

Pics OBW '07
  1. Pilot's
  2. Ard's