Ada yang menyatakan langkah kerajaan menghapuskan yuran sekolah adalah suatu tindakan tepat oleh kerajaan yang mementingkan rakyat. Tidak kurang juga ada yang memuji kerajaan kerana membentangkan bajet pemurah itu.
Namun begitu, setelah diteliti, yuran sekolah yang dimansuhkan itu hanyalah berjumlah RM4.50 (untuk sekolah rendah) dan RM9.00 (untuk sekolah menengah). Menurut Dato' Alimuddin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, ibu bapa masih perlu membayar yuran pilihan yang diluluskan jabatan pendidikan negeri seperti yuran kegiatan, yuran sukan dan sebagainya. Selain itu pelajar juga tidak terkecuali daripada membayar yuran PIBG, yuran komputer dan sebagainya.
Bagi mereka yang bersekolah asrama, pelajar diperlukan membayar yuran makanan, asrama, dobi, tuisyen dan sebagainya yang boleh mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setahun.Menurut sumber-sumber yang dipercayai, pelbagai yuran ini akan dikelaskan mengikut pakej-pakej yang tertentu, dinamakan Pakej A, Pakej B dan Pakej C. Setiap sekolah akan memilih pakej mana yang akan dikenakan di sekolah masing-masing dan pemilihan pakej bergantung kepada kemampuan pelajar yang difikirkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Sumber :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan