26 Februari 2008

Bulan Februari

Bulan ni, ada 2 hari yang istimewa bagi aku dan orang tersayang. 14 dan juga 27 haribulan. 14 sudahpun aku sambut. Esok masih ada lagi 1 sambutan.

21 Februari 2008

Sukan

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK AGAMA PEDAS
AHAD 24 FEBRUARI 2008
SMK AGAMA PEDAS, NEGERI SEMBILAN

14 Februari 2008

Pilihan Raya Umum Ke 12

Parlimen dah pun dibubarkan semalam. Mengikut perlembagaan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam masa 60 hari selepas parlimen dibubarkan. Aku masih menunggu tarikh yang sebenar, agar dapat aku ambil kesempatan untuk pulang ke rumah. Dari hujung tahun lepas, aku masih belum berpeluang balik ke kampung. Bila aku rancang untuk balik, badan pula tak sihat. Bila aku dapat balik ni?

12 Februari 2008

Kisah Terkini Di Bulan Februari

Kata orang putih, bulan ni bulan cinta. Persekitaran aku persekitaran islamic, dah tentu takde acara meraikan bulan cinta nih. Hehehe. Tapi pape pun, aku bagi laporan ringkas tentang sekolah aku

  1. baru sudah ujian pertama (4 - 6 Februari)
  2. time budak histeria (4 - 6 Februari)
Kebetulan? Entah la. Tapi kebanyakan yang kena histeria tu budak-budak yang memang ada gangguan emosi. Bukan gila tapi emosi tak stabil. Masalah disiplin, masalah peribadi, dsb. Ada kaitan kot?