28 April 2009

MCA syor bubar kuota 10 peratus kemasukan

  1. MCA mencadangkan agar kuota bukan Bumiputera untuk Matrikulasi dihapuskan. Cadangan ini telah diutarakan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Menteri Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  2. Katanya, dengan penghapusan sistem kuota ini peluang yang sama dan adil akan diberi kepada semua kaum dan ia akan dapat meningkatkan persaingan di kalangan pelajar.
  3. Beliau juga ingin mengetahui apakah kriteria piawai yang digunakan oleh pihak matrikulasi dalam proses kemasukannya kerana mendakwa menerima laporan berlakunya ketidaktelusan dalam permohonan ke matrikulasi.
Dimanakah Pemuda UMNO/pelajar-pelajar UiTM yang pernah berpiket ketika Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan UiTM dibuka untuk bukan Bumiputera?