28 April 2009

MCA syor bubar kuota 10 peratus kemasukan

  1. MCA mencadangkan agar kuota bukan Bumiputera untuk Matrikulasi dihapuskan. Cadangan ini telah diutarakan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Menteri Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  2. Katanya, dengan penghapusan sistem kuota ini peluang yang sama dan adil akan diberi kepada semua kaum dan ia akan dapat meningkatkan persaingan di kalangan pelajar.
  3. Beliau juga ingin mengetahui apakah kriteria piawai yang digunakan oleh pihak matrikulasi dalam proses kemasukannya kerana mendakwa menerima laporan berlakunya ketidaktelusan dalam permohonan ke matrikulasi.
Dimanakah Pemuda UMNO/pelajar-pelajar UiTM yang pernah berpiket ketika Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan UiTM dibuka untuk bukan Bumiputera?

4 ulasan:

Umie berkata...

ape kata ko mulakan piket tu... mesti pastu ramai yg follow... hehehe

Encik Rasis berkata...

ahah! ko nak aku kena buang keje sebab berpiket?

Enche Bon berkata...

Kalau dah berpiket, tak de la sejajar dengan 1Malaysia ye tak En Rasis?

In the first place, adakah kuota 10% yang diberikan sebelum ini telah dipenuhi tahun demi tahun untuk menggalakkan kemasukan ke Matrikulasi tanpa kuota?

Kalau macam tu, kena la tiada iklan jawatan yang memerlukan Bahasa Mandarin dsb sebagai syarat utama. Kan itu tak sejajar dengan 1Malaysia? Gunakan Bahasa Malaysia sebagai syarat kelayakan...

Encik Rasis berkata...

Betul tu enche bon. Sedangkan kuota 10% untuk bukan Bumiputera yang dibuka di MRSM pun tak dipenuhi, kenapa mereka ingin meminta tempat di Matrikulasi.

Nampak gaya disebabkan berita ini kecil sahaja di akhbar Berita Harian (tiada versi online mengenai berita ini) maka tiada pemuda UMNO/pelajar UiTM yang berpiket.

Ataupun mungkin kerana perkara ini diutarakan oleh rakan MCA maka ianya didiamkan sahaja?