10 Jun 2008

Minyak Oh Minyak...

Dah nak seminggu dah minyak naik. Dari RM1.92 ke RM2.70, kenaikan 40%. Walaupun kenaikan harga minyak sudah dijangka selepas PRU 12 yang lalu, namun tiada siapa yang menjangkakan kenaikan yang mendadak. Aku? Sebagai seorang pengguna dan rakyat Malaysia, aku terpaksa menerima sahaja kenaikan tersebut. Apa lagi yang mampu aku buat?

Pak Lah menjanjikan kenaikan petrol tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Subsidi akan diagihkan untuk subsidi bahan makanan. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harga barang semakin mahal. Dahulu, beras 10kg boleh dibeli dengan harga RM18, tapi sekarang harganya lebih dari RM30. Kenaikan petrol telah menyebabkan kesan domino. Aku sendiri terasa peritnya, apatah lagi mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Tapi apa yang boleh aku buat? Ubah gaya hidup? Gaya hidup sekarang pun sudah memeritkan, bagaimana lagi mahu aku ubah? Sebenarnya yang paling banyak membazirkan subsidi petrol adalah kerajaan sendiri. Tak percaya? Cuba fikirkan maklumat yang aku ingin kongsi bersama.
  1. Aku difahamkan bagi gred JUSA dan ke atas, penggunaan petrol adalah tanpa had, baik untuk kegunaan rasmi ataupun kegunaan peribadi. Kalau bagi gred JUSA pun sudah percuma, apatah lagi bagi pemimpin negara. Kita pula terpaksa membayar harga petrol, baik untuk kegunaan peribadi mahupun rasmi.
Ya, kenaikan harga petrol adalah fenomena global. Namun begitu kenapa kita perlu membayar harga petrol mengikut harga global tetapi terpaksa membayar harga kenderaan yang telah dicukai berkali-kali ganda? Kenapa kita tidak boleh membeli kenderaan mengikut harga global? Apa jawapan Pak Lah?

Bayaran subsidi cukai jalan sebanyak RM625 bagi kereta 2000 cc ke bawah adalah umpama ikan bilis di celah gigi paus. Sangat tidak membantu untuk mengurangkan beban kenaikan petrol. Nasib baik aku tinggal berhampiran tempat kerjaku, jadi penggunaan petrol masih boleh aku abaikan, meskipun harga petrol naik dan aku masih memandu setiap pagi. (Aku tak dapat nak berjalan kaki, barang-barang banyak yang perlu aku bawa.)

Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil?

23 Mei 2008

My New Toy

I got my self a new toy. Bought myself a HTC P3300, a GPS PDA phone. I bought the N70 2 years ago because of its look but I bought the P3300 because of its functions (GPS, Mobile Office, WiFi). By the way, I'm typing this post using P3300 on the wireless nerwork at my other half's home in Kg. Giching. :-)

16 Mei 2008

Selamat Hari Guru...

Aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan seperjuangan, bekas guru-guru aku di SK Permatang Badak, SK Teruntum, SK Tanah Putih Baru, Taski Al Huda, STAR, SESMA, pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Tak lupa juga guru-guru di SMK Abu Bakar dan SMK Astana. Aku menjadi aku hasil didikan mereka semua. Terima kasih cikgu!

12 Mei 2008

Anuar Zain - Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

~download~

Azad Jazmin - Sinar Pengharapan

Aku ingin memutar waktu
agar dapat berlagu alunan yang baru
oh..... aku di senja terbelenggu
Kepuraan yang syahdu tulusnya yang palsu

Kasih jalanan yang curam
terjatuh dan bangun hanya aku seorang
padamu Tuhan berserah segala jawapan

Kau...memberikan ku kekuatan
oh keindahan memberi sinar pengharapan
perasaanmu usah turutkan teguhkan iman
penawar resah kisah silam

Aku dapatkah kau kutemu
di dalam taman syahdu sujudku padamu

~download~