Semua bebelan & tulisan yang dipaparkan di blog ini adalah 100% dari pemikiran penulisnya, tidak ada kena mengena dengan sebarang organisasi yang dianggotai penulis, samada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Jika anda tidak boleh menerimanya, sila tinggalkan blog ini. Jika anda bersetuju dengan pendapat saya, sila tinggalkan komen. Terima kasih.
03 Julai 2008
RAM Untuk Dijual
Hynix 512 MB DDR2 RAM untuk dijual. Lokasi Seremban/Senawang/Pedas/Rembau. Harga : RM30 (Boleh runding). Berminat? Hubungi saya.
01 Julai 2008
Tuntutan Rebat Cukai Jalan Motosikal
Tadi aku sempat lari ke pejabat pos untuk urusan penghantaran borang permohonan *ehem ehem*. Sampai di sana, baru aku teringat tarikh hari ini, 1 Julai ialah tarikh untuk menuntut rebat kenderaan yang dihidupkan lesen kenderaan motor (LKM) dari bulan Jun. Kali ini, agak mudah. Tidak seperti hari pertama yang lalu (14 Jun). Urusan selesai dalam masa kurang dari 5 minit. Kalau semua kenderaan atas nama aku sama tempoh pembaharuan LKMnya, dapat juga RM1400.
30 Jun 2008
Jika Anda Orang Seremban, Jangan Baca Pos Ini
Kenapa tajuk pos aku kali ini begitu? Aku nak meluahkan apa yang aku lalui setelah 6 bulan aku di tempat Negeri Sembilan. Di Seremban ada beberapa hypermarket yang biasa aku pergi untuk mendapatkan barangan harian, terutamanya Gi*nt Senawang dan juga Te*sco Seremban 2. Apa yang menyakitkan hati aku ialah tabiat sebahagian besar pengunjung-pengunjung ke hypermarket tersebut untuk meninggalkan troli yang sudah digunakan merata-rata tempat di kawasan parking. Aku rasa perkara ini semakin berleluasa disebabkan oleh penggunaan troli ini adalah percuma. Dahulu untuk menggunakan troli ini perlu menggunakan syiling RM1 untuk membuka kuncinya dan syiling itu akan dipulangkan setelah meletakkan troli tersebut di tempat yang sepatutnya.
Masalah ini tidak berlaku di Carrefour Batu Pahat kerana troli di sana menggunakan sistem kunci. Kalau aku tauke hypermarket di Senawang & Seremban 2 tu, dah lama aku letakkan signboard berikut :
Masalah ini tidak berlaku di Carrefour Batu Pahat kerana troli di sana menggunakan sistem kunci. Kalau aku tauke hypermarket di Senawang & Seremban 2 tu, dah lama aku letakkan signboard berikut :
"SAYA BODOH KERANA TIDAK MELETAKKAN TROLI DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA"
Anda setuju?
p/s : kalau anda orang Seremban/pengunjung hypermarket yang dinyatakan di atas yang meletakkan troli di tempat yang sepatutnya selepas menggunakannya, anda tak sepatutnya marah dengan pos ini malahan bersetuju dengan pendapat aku. Kalau anda tak bersetuju, apa boleh aku buat?
19 Jun 2008
Baucer Rebat Tunai Kenderaan Bermotor Yang Sangat Tak Bermakna
Aku adalah antara beberapa pemilik kenderaan yang telahpun membuat tuntutan rebat tunai tersebut. Nasib baik semua kereta dan motor aku tak perlu diperbaharui cukai jalannya pada tempoh yang sama. Kalau tak, tak mampu aku nak membayarnya. Bayaran rebat tunai itu pula umpama ikan bilis di celah gigi paus biru. Sangatlah tidak berbaloi jika hendak dibandingkan dengan kenaikan-kenaikan
Akhirnya, rakyat digula-gulakan dengan rebat baucer tunai RM625 (untuk kereta 2000 cc dan pick up & 4WD 2500 cc ke bawah) dan RM150 (untuk motorsikal 250 cc kebawah). Cukup kah untuk menampung penggunaan petrol bulanan?
- petrol
- bahan makanan
Akhirnya, rakyat digula-gulakan dengan rebat baucer tunai RM625 (untuk kereta 2000 cc dan pick up & 4WD 2500 cc ke bawah) dan RM150 (untuk motorsikal 250 cc kebawah). Cukup kah untuk menampung penggunaan petrol bulanan?
Sibuk... sibuk... sibuk...
Aktiviti sepanjang minggu ini :
- Kuiz Penggalakan Pelancongan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Rembau 2008 (17 Jun)
- Hari Guru Peringkat Daerah 2008 (18 Jun)
- Festival Nasyid, Khat Jawi, Marhaban Berzanji & Kompang Selawat Negeri Sembilan (21 Jun)
Langgan:
Catatan (Atom)