24 September 2008

Penang Street Senawang

Dah nak abis puasa, baru la berpeluang berbuka puasa berdua di luar. Lokasi pilihan, Penang Street Taipan Senawang. Antara menu yang menjadi pilihan kami :

nasi goreng yang kaya dengan udang, kepak ayam goreng, hirisan timun & tomato

mihun kari, penang style (agaknya la)

belacan fried chicken wing (patut la asyik bersin je lepas makan)

kena ada sayur sikit, tauge dengan hirisan ayam

drinks, red detox (watermelon+tomato juice) & cincau

lepas berbuka, terus menuju ke aeon seremban 2. parking penuh, tapi ada orang yang sengal yang menyusahkan orang lain.

nak pakai kete besar tapi nak parking pun tak pandai. aiyo!

Ada saper-saper yang kenal tuan punya kete ni? Tolong la bagitau dia yang cara dia parking kete sangat menyusahkan orang lain. terima kasih.

21 September 2008

Majlis Berbuka Puasa Batch 38

a'kum...
gathering bukak posa yang diwar-warkan sejak sebelum 16 sept berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam situasi politik dan ekonomi yang tidak menentu di negara kita. sebanyak 23 MP dari pelbagai kawasan jajahan telah hadir menyatakan sokongan masing-masing termasuk seorang dari parti bebas iaitu awek gemoi.
walaupun mengikut list yang dikemukakan oleh YB redza sebelum ini, seramai 18 orang sahaja yang confirm, namun jumlah sebenar yang hadir ialah 23 orang. syabas diucapkan kepada organizer!
gathering bukak posa ini adalah dianggap sebagai pre-gathering kerana mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi turut diadakan selepas berbuka puasa sambil menghisap rokok dan makan aiskrim. Majlis Tertinggi dan penyokong tegar memutuskan bahawa gathering sempena 10 tahun diadakan pada hujung tahun ini ataupun awal tahun bertempat di tempat yang 1) ada pantai 2) boleh BBQ 3) ada paintball 4) overnight 1 malam shj. detail akan dibentangkan oleh saudara pengerusi iaitu YB redza dalam sidang media dalam masa yang terdekat.
Poll berkenaan tarikh dan tempat juga bakal diadakan dalam mailing list ini sebagai syarat demokrasi untuk negara yang tidak pernah miss pilihanraya setiap 5 tahun.
selepas mesyuarat MT, telah diadakan pula aktiviti futsal di sports planet ampang. kali ini pihak yang terbabit dalam insiden lepas nampaknya telah mengambil pengajaran (you know who) tidak berani lagi berkeras membuat rules bukan-bukan kerana bimbang insiden berulang. pada mulanya memang terdapat ura-ura main out dan 5 orang satu team, tetapi berjaya dibantah oleh pihak pembangkang secara aman. akhirnya, tak main out dan main 6 orang pun boleh kalau nak, takde sapa nak marah pun.
sekian laporan. kepada yang mengambil gambar (terutamanya bapak), harap boleh upload di page mailing list supaya boleh dikongsi bersama.
yang menjalankan tugas,

10 September 2008

.: Lailatul Qadar :.

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.


p/s : 1st time aku baca, buat aku gelak guling2... orang lain pun tengok aku lain macam je... tapi serius, memang lawak...

09 September 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhir

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

oleh itu duhai Ilahi...
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi...
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

08 September 2008

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan tiba lagi. Tapi kali ini, agak berbeza kerana ini adalah kali pertama Ramadhanku sebagai seorang suami. Apapun, aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua, semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir untuk kita dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan yang lepas, InsyaAllah.