Cuti sekolah, jalan-jalan cari gaduh... 23/08/07, pergi Melaka. Mula-mula singgah rumah Mala, kawan my other half. Setelah kami menghabiskan seperiuk nasi sempena waktu makan tengah hari di rumah Mala, kami bergerak menuju ke Bandar Melaka. Melaka, dah lama aku tak menjejakkan kali ke sini. Banyak sangat yang dah berubah. Banyak jalan dah menjadi jalan sehala. Sampai Bandar Melaka pun dah petang, hari nak hujan pulak tu. Sempat jalan-jalan kejap je. Oleh kerana kami tak puas berjalan, esok paginya sambung lagi jalan-jalan. Kami pun parking la kereta depan Bangunan Stadthuys. Tak macam kat Kuantan yang bersepah-sepah dengan pondok jualan tiket parking, kawasan berhampiran memang takde tempat menjual tiket parking. Kebetulan pulak waktu tu memang hujan renyai-renyai, aku ingat takde la parking atendan yang bekerja. Rupa-rupanya perhitungan aku silap. Apabila aku kembali ke kereta setelah puas berjalan-jalan, aku ternampak sehelai kertas diletakkan di cermin depan. Ceh, kena saman parking la pulak! Mana nak cari pejabat MBMBB ni? Terpaksa bertanya arah dengan seorang pengayuh beca. Mula-mula singgah kat pondok bayaran terhampir (berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, kira-kira 700m dari tempat aku kena saman tu). Pekerja kat pondok tu pun macam nak tak nak je layan. Angin jugak la masa tu. Mentang-mentang la aku bawak CBY je, kalau CBY aku tu S Class ke, 5 Series ke, sure diorang layan aku baik-baik. Tapi apa pun, sebagai warganegara yang berhemah, bayar tetap bayar. Tapi sebelum bayar saman tu, kena la komplen dulu. Tapi kalau segala aduan tidak diambil tindakan, tak guna jugak. Melaka, banyak tempat tarikan pelancong, tapi kalau PBT tak tourist-friendly, sayang la...
24/08/07, dari Melaka terus gerak ke JB (Skudai benarnya). Dalam perjalanan, aku singgah kat Tangkak, jumpa Pet dan keluarga. Pet dah pun 2 tahun kahwin, kali terakhir aku jumpa dengan dia, waktu dia konvo dulu, 4 tahun lepas. Pet masih macam dulu, masih selamba. Sampai sekarang aku tak percaya yang Pet dah ada anak. Aku singgah Tangkak tak lama, kira-kira sejam. Dari Tangkak, aku drive slow-slow ke destinasi, UTM Skudai. Di sana, kami tumpang rumah Zahlan. Malam tu Zahlan bawak gi Danga Bay, jalan-jalan ambil angin. Tak dapat nak lepak lama-lama kat sana sebab dia duduk kat dalam kawasan kampus UTM, wife dia student master.
25/08/07, acara utama, majlis pertunangan shah dengan dayah. Janjinya pukul 12:00 tengah hari, ikut rancangan 2:00 petang aku dah boleh balik. Tapi perkara dah nak jadi, lepas zuhur baru rombongan naik ke rumah dayah. Jadinya aku tak dapat nak duduk lama-lama, tak dapat nak tengok majlis pertunangan orang lain. Tepat jam 2:00 petang, aku pun bergerak pulang. tak puas rasanya jalan-jalan cari gaduh kali ni. Hujung tahun ni, Cameron Highland kot? :-)