23 Ogos 2007

Mata-Atas-Malaysia!


inilah Mata-Atas-Malaysia

Semalam aku gi Eye On Malaysia. Mustahil la korang tak pernah dengar pasal Eye On Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini. Aku pergi sana pun dengan my other half & her nephew and nieces. Jadi, apa yang istimewanya dengan Eye On Malaysia ni? Ada yang cakap best, ada yang cakap bosan. Apapun, aku cadangkan korang pergi la naik! Sepatutnya 4 pusingan per ride tapi semalam kitorang memang untung, dapat pusing 10 kali sampaikan budak-budak banyak kali tanya, "bila kita nak turun ni uncle?". hahaha... dah la siap stuck kat atas 5 minit, takde aircond. Panas weh! Budak-budak tu pun dah nak nangis dah (ke Mak Lang diorang? hurm... ). Masa tu jugak ada gerai-gerai kat kawasan sekitar taman. Ada la jugak 2 ekor 'dinosaur' berlegar-legar. My other half siap nyorok-nyorok lagi kat belakang aku time 'dinosaur' tu kejar. (besar sangat ke aku nih?). takpe ar, nanti aku dah kuwos, aku plak nak nyorok belakang dia. :-p

my Baby's angels (& a devil! :-p)

Tiada ulasan: