- Agak lambat aku memberikan respons terhadap isu ini. Aku minta maaf.
- Ada pihak yang mempertikaikan pelaksanaan PPSMI setelah 6 tahun dilaksanakan. Pelbagai alasan yang telah diberikan oleh mereka. "Memartabatkan Bahasa Melayu". "Keciciran Pelajar Melayu Dalam Sains & Matematik".
- Antara alasan yang diberikan, pelajar Melayu akan keciciran apabila Sains & Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris. Aku kurang bersetuju dengan premis ini kerana sebagai guru, jika anak murid didapati kurang berminat dengan pelajaran disebabkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris, guru tersebut boleh mengadakan sesi pembelajaran dalam dwibahasa. Aku sendiri pernah melakukan sedemikian ketika aku di sekolah lama dahulu yang mana rata-rata pelajarnya adalah pelajar luar bandar (FELDA & tanah rancangan).
- Jika guru merasakan sukar untuk mengajar Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah bandar, guru tersebut perlulah memajukan diri. Lagipun guru diberikan BISP (Bayaran Imbuhan Subjek Penting) untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing (iaitu sebanyak 10% daripada gaji pokok bagi guru lepasan diploma (PPPLD) dan 5% daripada gaji pokok bagi guru siswazah (PPPS))
- Walaupun begitu, ada beberapa perkara berkenaan PPSMI yang tidak aku setuju. Pertama, pelaksanaannya yang agak kelam kabut. Peralatan dilambakkan ke sekolah, pembekalan komputer bimbit yang tidak perlu sebenarnya dan penyalahgunaan komputer bimbit (komputer bimbit digunakan oleh guru yang bukan guru PPSMI). Perkara ini berlaku di sekolah lama aku dahulu.
- Bagi aku, tidak perlu dibekalkan komputer bimbit kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Faktor keselamatan juga perlu diambil kira kerana banyak kes kehilangan komputer bimbit dilaporkan apabila berada dalam pemilikan guru PPSMI. Ada juga guru yang diperuntukkan komputer bimbit PPSMI tersebut yang menjadikan komputer itu hak milik peribadi.
- Untuk menambahbaikkan penguasaan Bahasa Inggeris, lebih baik sekiranya waktu bahasa Inggeris itu sendiri yang ditambah dan bukannya matapelajaran Sains & Matematik yang dikorbankan.
- Selain itu, bagi sekolah rendah, sebaik-baiknya pembelajaran Sains & Matematik itu dijalankan secara dwibahasa, seperti di sekolah-sekolah vernakular (SRJK Cina & Tamil) agar pelajar dapat memahami asasnya terlebih dahulu.
- Berbalik kepada isu sebenar, kenapa harus kita halang daripada anak-anak Melayu kita untuk belajar lebih banyak Bahas Inggeris? Daripada pengalaman aku sendiri, ramai kawan-kawan aku yang bagus dari segi pelajaran tetapi kurang penguasaan Bahas Inggeris mereka.
- Benar, ada yang mengatakan Korea Selatan, Jepun & German maju menggunakan bahasa kebangsaan mereka tanpa menggunakan Bahasa Inggeris. Namun harus kita ingat, kadar terjemahan buku-buku ilmu di negara-negara tersebut sangat pesat jika dibandingkan dengan negara kita. Jadi untuk memudahkan penguasaan ilmu dengan lebih cepat, ada baiknya jika kita mempelajari ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris.
Semua bebelan & tulisan yang dipaparkan di blog ini adalah 100% dari pemikiran penulisnya, tidak ada kena mengena dengan sebarang organisasi yang dianggotai penulis, samada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Jika anda tidak boleh menerimanya, sila tinggalkan blog ini. Jika anda bersetuju dengan pendapat saya, sila tinggalkan komen. Terima kasih.
18 Mac 2009
PPSMI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Terima kasih atas komen anda. Saya bersetuju untuk seseorang menguasai ilmu itu, mereka perlulah memahami ilmu tersebut dalam bahasa ibunda. Niat kerajaan supaya pelajar dapat menguasai bahas Inggeris patut dipuji, namun begitu dengan mengorbankan pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris amat mengecewakan.
It's already an open secret among teachers that the passing & 'A' marks for SPM & PMR are low, except for some subjects. That's why there a lot of straight A students every year but only a handful of 1st class honours achievers.
Catat Ulasan