28 Julai 2009

e-mel anda: Samseng di sekolah, alim di rumah

KEBELAKANGAN ini hangat diperkatakan mengenai tingkah laku pelajar yang amat membimbangkan ibu bapa.

Ponteng, merokok, buli dan samseng adalah gejala lama di kalangan pelajar sekolah menengah, tinggal lagi tidak diuar-uarkan dan diketengahkan, hanya baru-baru ini ia meletup hingga merunsingkan semua pihak.

Bermula dari rumah, remaja tidak diawasi secara berkesan memandangkan kebanyakan ibu bapa bekerja dan tiada di rumah dari pagi hingga malam.

Hanya pada hujung minggu mereka bersama anak dan ada juga disebabkan rumah tangga bergolak hingga kebajikan anak terabai.

Semua ibu bapa menyayangi anak, hanya cara mereka mendidik anak daripada kecil hingga remaja membezakan peribadi anak. Bagi ibu bapa yang menitikberatkan perkembangan anak dan mempunyai latar belakang keagamaan utuh, mereka mendidik anak mengikut acuan sepatutnya. Anak menerima didikan begini beruntung dan membesar menjadi rakyat cemerlang.

Maaf saya katakan, bagi ibu bapa yang longgar keimanannya dan rumah tangga bermasalah, anak tidak dikawal selia sebagaimana yang diamanahkan Allah. Pengawasan terhadap anak terlalu tipis akibatnya anak terabai.

Anak sebegini pasti akan membesar dengan meniru gejala songsang, maklumlah dunia tanpa sempadan, mereka mudah mengakses pelbagai sumber negatif.

Anak yang kurang mendapat pengawasan inilah apabila remaja kelak akan menimbulkan masalah di sekolah, kepada jiran tetangga, masyarakat malah negara.

Di sekolah, mereka mempengaruhi rakan supaya ponteng, merokok dan membentuk kumpulan samseng dan bersikap biadap.

Jika ditegur, mereka sanggup memaki-hamun dan memukul. Peliknya, di depan ibu bapa anak ini boleh bertukar perangai. Ini yang menyebabkan ibu bapa tidak percaya jika ada yang menuduh anak mereka nakal.

Di peringkat ini, peranan semua pihak iaitu ibu bapa dan guru amat penting. Mereka harus berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing untuk menangani gejala tidak sihat daripada lebih parah. Jangan menuding jari mana-mana pihak, perbuatan ini tidak menyelesaikan masalah.

Di sekolah, guru ada kuasa dan berhak meminta daripada pelajar sijil cuti sakit atau surat daripada ibu bapa jika pelajar tidak hadir ke sekolah. Sekurang-kurangnya pihak sekolah dapat memberitahu ibu bapa mengenai ketidakhadiran pelajar supaya ibu bapa boleh melaksanakan peranan mereka. Jika tiada timbal-balas, ibu bapa tidak tahu sama ada anak ke sekolah atau tidak.

Pelajar yang terbabit dengan gejala lebih serius seperti membuli rakan dan berkelakuan samseng, persatuan ibu baba dan guru (PIBG) sekolah berhak menggantung persekolahan pelajar. Ia dilakukan ketika siasatan ke atas pelajar dijalankan serta menghukumnya dengan hukuman setimpal atau dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), menukarkan sekolah pelajar terbabit.

Ibu bapa harus memberi kerjasama dan menerima dengan hati terbuka tindakan sekolah terhadap anak.

Tidak wajar pelajar berkenaan dibuang sekolah kerana pembuangan pelajar adalah tindakan terakhir. Itu pun sekiranya pelajar itu melakukan jenayah berat.

Beri mereka peluang kedua untuk memperbaiki diri. Jangan musnahkan masa depan mereka semata-mata kerana hukuman mengikut emosi.

Elakkanlah mereka menjadi dewasa dengan tidak berpelajaran, nanti akan menyusahkan masyarakat. Kepada guru, didiklah pelajar supaya menjadi warga negara. Guru umpama lilin dan mereka mempunyai anak, pasti ada naluri keibubapaan dalam diri mereka.

Sayangilah anak bangsa dan generasi pelapis kepemimpinan. Kepada ibu bapa, laksanakanlah amanah Allah dengan mendidik anak ke jalan lurus.

WARGA PRIHATIN

Seremban,

Negeri Sembilan.

* dipetik dari Harian Metro Online (27 Julai 2009)

14 Julai 2009

A Bear In New York

A bear enters a very fine New York City restaurant. After consuming an excellent meal, the bear calls the waiter to the table, pulls out a gun, shoots him between the eyes and leaves the establishment.
The police are called in to investigate. One of the cops interviews the restaurant manager and remarks that this is a very strange case.
The manager says, "Well actually, it's quite common in some parts of the world. It must be a KOALA".
"How do you know?" the cops asked.
The manager then flips open a dictionary and points to an entry: KOALA (noun) - Small lovable marsupial, native to Australia. Eats shoots and leaves.

10 Julai 2009

PPSMI

  1. Jemput semua ke majlis pengkebumian al-marhum Nik Pipi S. Emai di Tanah Perkuburan Melayu Ampang Hilir. Doa akan dibacakan dalam Bahasa Arab. Syukran. - Ease Art

  2. PPSMI or no PPSMI, Malaysian education will continue to excel in what it does best: babysitting - Ease Art

  3. If you want to improve your Arabic, what do you suppose to do? Learn History in Arab? Of course not! Learn the language, don't sacrifice other subjects. - RA 515

  4. The cancellation of PPSMI was long overdue. Likewise, if they really think that it can improve Malaysian student's competitiveness, they shouldn't cancel it after 7 years. Talk about being a 'lalang'. - RA 515