08 Mac 2009

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Jumaat 6 Mac 2009 - Aku diminta untuk mengiringi pelajar ke Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Tekaan aku bahawa malam itu akan membosankan aku ternyata meleset sama sekali. Aku akui aku tertarik dengan beberapa fakta yang aku dapati daripada buku program majlis malam tersebut. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Namun begitu, umum tidak mengetahui bahawa kini Bahasa Melayu adalah bahasa keempat dunia yang dituturkan dengan kira-kira 300 juta penuturnya diseluruh dunia.

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini dibahagikan kepada dua kategori, Nusantara dan Antarabangsa. Bagi kategori Nusantara, penyertaan terbuka untuk peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Bagi peserta dari Thailand pula, aku kurang pasti sama ada bertanding dalam kateggori Nusantara ataupun Antarabangsa kerana kedua-dua peserta dari Thailand tidak berjaya ke peringkat akhir.

Aku tertarik dengan peserta dari China, Li Jing ataupun nama Melayunya, Siti Hajar. Walaupun tutur katanya masih ada telor cina, namun masih menarik perhatian penonton dengan selingan nyanyiannya. Aku terfikir, jika rakyat China yang sangat asing dengan Bahasa Melayu boleh menuturkannya dengan baik sekali, kenapa tidak bangsa Cina di negara kita sendiri?

Crowd favourite malam itu, Novavi Sleh (Nawawi Saleh) dari Kemboja, sangat mencuit hati dengan selokanya. Jika aku tidak melihat sendiri empunya badan, sudah pasti akan aku katakan Novavi itu rakyat Malaysia, berketurunan Melayu dari Selangor. Kefasihannya berpidato dalam bahasa Melayu sangat-sangat menggamatkan suasana malam tersebut.

Klik disini :
  1. Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

4 ulasan:

Fadli Halim berkata...

Serius aku pun taktau BM adalah bahasa keempat paling banyak dituturkan kat dunia.

Encik Rasis berkata...

Aha! aku pun tak tau sebenarnya...

Tapi jangan pula dianggap Bahasa Melayu pertuturan dunia itu sama seperti Bahasa Melayu pertuturan di Malaysia.

Hakikatnya, apabila di campur dengan penutur Bahasa Indonesia barulah dikatakan penutur Bahasa Melayu berjumlah 300 juta. Lagipun, Bahasa Melayu yang dituturkan dan ditawarkan sebagai subjek elektif di universiti-universiti di Australia ialah Bahasa Indonesia. Cuma yang aku tahu, Bahasa Melayu yang ditawarkan di Beijing University, China ialah Bahasa Melayu Malaysia.

Tahun depan, boleh kita menonton Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu bersama-sama.

Umie berkata...

wei serius aku nak sangat tengok pertandingan pidato nih sbb mcm teruja gitu nak tengok orang2 asing berbahasa melayu...tp mlm tu ada hal la pulak... nyampah tau..kat mana aku bole tengok ulangannye erk???

Encik Rasis berkata...

umie, kalau aku tau ko nak tengok for sure aku dah record untuk ko! (pencemaran bahasa berlaku!). apa kata ko acu cuba try test tanya RTM bila diorang buat siaran ulangan...