Memaparkan catatan dengan label asrama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asrama. Papar semua catatan

11 Januari 2010

RM2 billion ditarik balik dari peruntukan Kementerian Pelajaran

Apa natijahnya?
  1. Pelajar yang tinggal di asrama diminta balik ke rumah-masing setiap hujung minggu. Macam mana cikgu nak buat kelas tambahan?
  2. Banyak program pembangunan sukan sekolah terpaksa ditiadakan. Banyak sukan terpaksa membatalkan kejohanan peringkat Bawah 15 Tahun di peringkat kebangsaan.
Walaupun begitu, sekolah-sekolah masih diminta untuk menjalankan banyak aktiviti yang pada hemat aku boleh mengganggu waktu P&P. Bukankah lebih baik jika guru-guru dibebankan dengan tugas mengajar sahaja tanpa kerja-kerja perkeranian? Jikapun guru-guru perlu terlibat dengan tugasan luar sekolah, hanya untuk perkara yang mereka mahir atau faham sahaja. Kembalikan aktiviti sukan (MSSM Daerah/Negeri) pada waktu petang tanpa mengganggu waktu persekolahan.