I've hurt my teacher's heart. Saya minta maaf Cikgu! Saya sepatutnya lebih mengerti dan faham situasi sebagai seorang guru. Saya benar-benar menyesal.
Semua bebelan & tulisan yang dipaparkan di blog ini adalah 100% dari pemikiran penulisnya, tidak ada kena mengena dengan sebarang organisasi yang dianggotai penulis, samada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Jika anda tidak boleh menerimanya, sila tinggalkan blog ini. Jika anda bersetuju dengan pendapat saya, sila tinggalkan komen. Terima kasih.
25 Mei 2009
16 Mei 2009
Selamat Hari Guru
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, cikgu, ustaz, mudir dan semua sahaja yang mengajar, tak kira secara rasmi mahupun tidak rasmi. Tanpa guru, siapalah aku. Tanpa guru, siapalah kita. SELAMAT HARI GURU!
28 April 2009
MCA syor bubar kuota 10 peratus kemasukan
- MCA mencadangkan agar kuota bukan Bumiputera untuk Matrikulasi dihapuskan. Cadangan ini telah diutarakan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Menteri Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Katanya, dengan penghapusan sistem kuota ini peluang yang sama dan adil akan diberi kepada semua kaum dan ia akan dapat meningkatkan persaingan di kalangan pelajar.
- Beliau juga ingin mengetahui apakah kriteria piawai yang digunakan oleh pihak matrikulasi dalam proses kemasukannya kerana mendakwa menerima laporan berlakunya ketidaktelusan dalam permohonan ke matrikulasi.
26 Mac 2009
Sejenak Perhimpunan UMNO 2008
Rabu Mac 18, 2009 : KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan politik wang. Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Rabu Mac 25, 2009 : KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda Umno dengan 304 undi, tewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Dr Mahathir. Sejenak : 1. Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih secara demokrasi oleh perwakilan pemuda, KJ, adalah pemimpin yang didapati bersalah politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri. 2. Mukhriz berkempen dgn tagline "BERANI BERUBAH", Khir Toyo dgn tagline "BERANI", dan KJ dgn tagline "SETIAKAWAN". Metaphoricly, dgn kemenangan KJ, nampak Pemuda UMNO seperti tidak BERANI dan tidak BERANI BERUBAH. 3. Kalau KJ boleh menang..... konfem Ali Rustam boleh menang, kalau dia dibenarkan bertanding. 4. Adakah UMNO masih releven sbg sebuah parti politik pejuang bangsa Melayu/ Agama? Atau hanya parti menuai KORUP Melayu (Dgn Izin)? Kita lihat "CARA" pemilihan pemimpin2 UMNO. Tepuk dada, tanya minda. 5. Based on points above.....are we going to see the REFORM of UMNO, as screamed by Najb Razak yesterday? Kita ikut sama2 kata2 Najib.."Berubahlah, atau rebah."
~ Encik Walla ~
~ Encik Walla ~
Labels:
khairy,
mukhriz,
perhimpunan agong umno
18 Mac 2009
PPSMI
- Agak lambat aku memberikan respons terhadap isu ini. Aku minta maaf.
- Ada pihak yang mempertikaikan pelaksanaan PPSMI setelah 6 tahun dilaksanakan. Pelbagai alasan yang telah diberikan oleh mereka. "Memartabatkan Bahasa Melayu". "Keciciran Pelajar Melayu Dalam Sains & Matematik".
- Antara alasan yang diberikan, pelajar Melayu akan keciciran apabila Sains & Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris. Aku kurang bersetuju dengan premis ini kerana sebagai guru, jika anak murid didapati kurang berminat dengan pelajaran disebabkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris, guru tersebut boleh mengadakan sesi pembelajaran dalam dwibahasa. Aku sendiri pernah melakukan sedemikian ketika aku di sekolah lama dahulu yang mana rata-rata pelajarnya adalah pelajar luar bandar (FELDA & tanah rancangan).
- Jika guru merasakan sukar untuk mengajar Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah bandar, guru tersebut perlulah memajukan diri. Lagipun guru diberikan BISP (Bayaran Imbuhan Subjek Penting) untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing (iaitu sebanyak 10% daripada gaji pokok bagi guru lepasan diploma (PPPLD) dan 5% daripada gaji pokok bagi guru siswazah (PPPS))
- Walaupun begitu, ada beberapa perkara berkenaan PPSMI yang tidak aku setuju. Pertama, pelaksanaannya yang agak kelam kabut. Peralatan dilambakkan ke sekolah, pembekalan komputer bimbit yang tidak perlu sebenarnya dan penyalahgunaan komputer bimbit (komputer bimbit digunakan oleh guru yang bukan guru PPSMI). Perkara ini berlaku di sekolah lama aku dahulu.
- Bagi aku, tidak perlu dibekalkan komputer bimbit kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Faktor keselamatan juga perlu diambil kira kerana banyak kes kehilangan komputer bimbit dilaporkan apabila berada dalam pemilikan guru PPSMI. Ada juga guru yang diperuntukkan komputer bimbit PPSMI tersebut yang menjadikan komputer itu hak milik peribadi.
- Untuk menambahbaikkan penguasaan Bahasa Inggeris, lebih baik sekiranya waktu bahasa Inggeris itu sendiri yang ditambah dan bukannya matapelajaran Sains & Matematik yang dikorbankan.
- Selain itu, bagi sekolah rendah, sebaik-baiknya pembelajaran Sains & Matematik itu dijalankan secara dwibahasa, seperti di sekolah-sekolah vernakular (SRJK Cina & Tamil) agar pelajar dapat memahami asasnya terlebih dahulu.
- Berbalik kepada isu sebenar, kenapa harus kita halang daripada anak-anak Melayu kita untuk belajar lebih banyak Bahas Inggeris? Daripada pengalaman aku sendiri, ramai kawan-kawan aku yang bagus dari segi pelajaran tetapi kurang penguasaan Bahas Inggeris mereka.
- Benar, ada yang mengatakan Korea Selatan, Jepun & German maju menggunakan bahasa kebangsaan mereka tanpa menggunakan Bahasa Inggeris. Namun harus kita ingat, kadar terjemahan buku-buku ilmu di negara-negara tersebut sangat pesat jika dibandingkan dengan negara kita. Jadi untuk memudahkan penguasaan ilmu dengan lebih cepat, ada baiknya jika kita mempelajari ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris.
Langgan:
Catatan (Atom)