21 Disember 2007

KERETA MALAYSIA YANG SANGAT MENYAKITKAN HATI

Aku sangat sakit hati. Tingkap kuasa kiri hadapan kereta kebal hitam aku sudah tidak berfungsi. Rasa seperti mahu diterajang sahaja pintu kereta itu. Tapi aku tak buat macam tu. Gila nak tendang kereta sendiri. Bukan salah kereta tu pun. Sangat menyusahkan aku kerana memenuhkan paru-paru aku dengan asap rokok yang dihisap oleh Encik Azrul. Bertambah susah lagi kalau hari hujan. Aku tak mahu memandu kereta dalam hujan dengan tingkap yang terbuka. Tambah menyakitkan hati, usianya baru 6 bulan ditangan aku. Kalau pengantin baru, masih ditatang dengan penuh hati-hati. Aku sangat marah dengan kualiti kereta Malaysia. Tapi aku tak mampu untuk membeli kereta buatan luar negara yang katanya lebih berkualiti. Mungkin aku patut membeli kereta lembu sahaja. Kalau lapar, boleh disembelih sahaja lembu itu, boleh dijual. Harga daging lembu pun mahal, RM16.00 sekilo. Mungkin aku patut jual sahaja kereta kebal dan beli kereta lembu. Ataupun kereta kuda. Mana satu yang lebih baik?

1 ulasan:

Cikscarlet berkata...

kelakar ah! ..huhu anyway kete m'sia ape yg awak pakai? wira? gen2?iswara? or wutever lah? cite ah...