13 Disember 2007

Rumah Anak-anak Yatim Memerlukan Peralatan Komputer


PROGRAM KOMPUTER UNTUK ANAK YATIM


Objektif program ini adalah bertujuan memberi peluang dan kemudahan terhadap anak-anak yatim untuk mendekatkan diri serta menambah pengetahuan terhadap ilmu teknologi maklumat. Selain pendedahan secara formal di sekolah dengan kapasiti pengguna yang tinggi dan bilangan komputer serta masa penggunaan yang terhad, maka kami bercadang untuk mewujudkan kemudahan makmal komputer yang dilengkapi dengan perkhidmatan internet di 5 buah rumah-rumah anak yatim, miskin & terbiar dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.


Dengan cara ini, anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan ini akan lebih mempunyai peluang untuk sama-sama berdaya maju dengan kanak-kanak di luar. Dengan kewujudan makmal komputer ini juga, pelbagai program boleh dilaksanakan antaranya :

  1. Kursus asas berkenaan komputer terhadap kanak-kanak dan penjaga di sekolah.
  2. Kursus penggunaan perisian-perisian asas seperti Microsoft Office.
  3. Bengkel Internet
  4. Pendedahan terhadap kepentingan ilmu Teknologi Maklumat pada masa kini
  5. Kerjaya Teknologi Maklumat

Bagaimana kita boleh bersatu membantu golongan anak-anak yatim meningkatkan ilmu perkomputeran di kediaman mereka, ialah dengan cara sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian khususnya sumbangan berbentuk :

  1. pemberian sebarang perkakasan komputer yang lama tidak kira sama ada yang masih berkeadaan baik atau sebaliknya.
  2. pemberian wang ringgit bagi pengurusan penyediaan bilik makmal contohnya pembelian perabot terpakai.
Jika anda mempunyai sebarang peralatan komputer seperti CPU, Monitor, Router, Printer, LAN Switch, Scanner, perabot yang terpakai atau baru yang ingin disumbangkan kepada kami sila hubungi Encik Rohaizal di 012-3953903 atau email kepada presiden@nurhikmah.org.my. Jika anda memerlukan transport untuk penghantaran, kami akan menguruskannya.

Diharap dapatlah kita sama-sama menjalankan amanah kita terhadap Allah s.w.t bagi sentiasa membantu dan memberikan perhatian terhadap golongan kurang berada secara amnya, dan anak-anak yatim khususnya.


Terima kasih


Anda juga dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui Maybank kedalam akaun Khidmat Nurhikmah 564306010030, letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my

Blogged with Flock

Tiada ulasan: