Pak Lah dalam krisis walaupun dia sendiri tidak mahu mengakuinya. Perlis dan kini Terengganu, pemimpin pilihan Pak Lah telah ditolak oleh Institusi Beraja di negeri tersebut. Shahidan sudahpun lari dengan keluarganya dari Perlis, di Terengganu pula, penyokong Idris Jusoh diketuai Rosol Wahid telah melanggar amanat Hang Tuah supaya jangan melawan Sultan. 22 ADUN Terengganu mengugut untuk meletak jawatan jika ADUN Kijal dilantik sebagai MB menggantikan Idris Jusoh?
Aku tak yakin yang mereka akan meletakkan jawatan. Apa yang berlaku menunjukkan bahawa ada komunikasi yang kurang berkesan di antara Pak Lah dengan Raja/Sultan di negeri-negeri tersebut. Rakyat juga dapat melihat sendiri perwatakan pemimpin-pemimpin BN yang seolah-olah terlalu inginkan kuasa. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa menjadi pemimpin adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang perlu dipikul dan bukanlah suatu keistimewaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan