Kali ni, agak berbaur politik sedikit. Aku tak tau sama ada nak gelak ataupun menangis mengenangkan Shahidan Kassim yang seolah-olah mahukan jawatan MB Perlis sebagai hak milik mutlaknya. Umum tahu bahawa PM berhak mencadangkan nama kepada pemerintah negeri (Sultan/Raja) untuk dilantik sebagai MB tetapi apa yang telah Shahidan lakukan seolah-olah dia terlalu mengharapkan jawatan tersebut.
Kita semua tahu bahawa menjadi pemimpin, baik di peringkat rendah mahupun di peringkat tertinggi, adalah amanah dan bukannya keistimewaan. Tindakan Raja Perlis menunjukkan bahawa Raja-raja Melayu masih mempunyai hak mengikut Perlembagaan negeri masing-masing.
Bagi aku, tindakan Shahidan itu boleh disamakan dengan tindakan Lim Kit Siang (LKS) yang menyuruh kesemua ADUN DAP Negeri Perak untuk memulaukan Majlis Perlantikan MB Perak di mana tindakan tersebut bolehlah dianggap biadap dan menderhakai institusi diraja Negeri Perak. Namun terdapat 1 perbezaan, LKS sudah/akan memohon maaf terhadap Pemangku Sultan Perak manakala masih tiada berita yang Shahidan akan berbuat perkara yang sama kepada Raja Perlis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan