Baru-baru ini kecoh mengenai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin menghadkan bilangan subjek yang di ambil untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini adalah rentetan daripada kes-kes pelajar cemerlang SPM yang tidak ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ada pihak yang menyangkal usaha KPM ini dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang terkini ialah ini menghalang kelahiran golongan profesional agama.
Tujuan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ialah untuk melahirkan golongan profesional agama, di mana pelajar SMKA dikehendaki mengambil matapelajaran keagamaan seperti Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Al Quran & As Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah disamping matapelajaran elektif yang lain (aliran sains tulen ataupun ikhtisas). Aku percaya jikapun KPM menghadkan 10 subjek untuk SPM, pelajar SMKA tidak akan terlibat dengan peraturan ini.
Pada pendapat aku, had 10 matapelajaran SPM ini mungkin hanya digunakan untuk pemberian biasiswa JPA (tapi mungkin aku tersilap). Namun, untuk kembali meningkatkan tahap pendidikan negara kita ini, aku rasa lebih baik jika graf lulus dan A untuk PMR & SPM dikekalkan, bermakna graf tersebut tidak berubah-ubah mengikut pencapaian pelajar tahun berkenaan.
P/s : Tahun ini adalah tahun kedua aku di SMKA. Aku dapati tidak semua pelajar di SMKA dapat menyeimbangkan ilmu dunia & ilmu akhirat. Ada yang bersikap seperti ekstremis agama tetapi tidur di dalam kelas semasa proses pengajaran & pembelajaran (P&P). Ada juga yang hanay menunjukkan ciri-ciri pelajar sekolah agama semasa di sekolah tetapi tiada bezanya dengan pelajar sekolah harian ketika di rumah. Tidak semestinya pelajar sekolah agama sahaja yang boleh menjadi profesional agama, pokok pangkalnya keinginan untuk mendalami ilmu agama itu perlu ada dalam diri sendiri, bukan dipaksa-paksa kepada seseorang itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan