03 Oktober 2007

PMR di Sekolah 1 Sesi & pelajarnya Ponteng

Time : Breaking of Fast
Place : Home
Date : Oct 2 2007

Sister-in-law (SIL) : sis, bila PMR start?
Me : semalam, sampai jumaat ni.
SIL : kenapa tak jaga PMR?
Me : malas la, bulan2 puasa ni... lepas tu bukannya dapat cepat bayaran jaga exam tu...
SIL : jaga exam pun kena bayar ek?
Me : yup. kira ala-ala bertugas luar stesen la. sama macam gi kursus, mesyuarat, bole claim.
SIL : o, ok... tapi kenapa cikgu-cikgu bising bila dicadangkan kerja sampai pukul 4?
Me : cadangan ad hoc, siapa nak terima? kalau dalam keadaan yang terkawal, semua pelajar tinggal di asrama, mungkin tiada masalah. sedangkan waktu persekolahan biasa pun, pelajar boleh ponteng, inikan pula pelajar 'dikurung' sampai pukul 4 petang. yang jadinya nanti, cikgu sibuk mengejar budak dari menjalankan aktiviti yang sepatutnya.
SIL : tak boleh pakai langsung ke cadangan tu?
Me : boleh, tapi kemudahan perlu ada. kantin, surau yang boleh menampung pelajar. kita perlu ingat, 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. tak semua pelajar sama. ada yang baik, ada yang degil. kita tak boleh expect semua pelajar akan ikut apa yang dirancangkan.
SIL : cikgu kena la jaga...
Me : betul, cikgu kena jaga. mana ada cikgu nak perkara yang buruk-buruk untuk anak muridnya. kak, kita yang bekas pelajar sekolah terkawal pun, akak ex-MRSM, saya SBP, mesti ada sorang dua kawan-kawan kita yang jenis tak makan saman, betul tak? inikan pulak sekolah biasa. kalau lebih-lebih marahkan pelajar, mak bapak yang datang menyerang nanti.

actually, hari ni pun ada kes pelajar ponteng sekolah dari pagi, meaning memang diorang tak masuk sekolah. 2 orang, perempuan. macam mana nak buat ni?

p/s : budak yang ponteng tu bukan calon PMR, harap maklum.

2 ulasan:

Len Bkn Nama Sebenar berkata...

Sangat x setuju dgn cadangan balik kul 4 tu.. wpun currently mmg balik 3.20.. huhu.. sbb mcm ni pn dh nampak budak dh dh lost concentration belaja bila dh ptg2 tu..

Encik Rasis berkata...

yup, even pukul 1:00 tengah hari pun ramai yang dah syahid, berzikir, memancing, termasuklah cikgunya di bilik guru :-p

saya sokong tapi sistem persekolahan kita perlu dirombak. luchbreak+waktu solat yang lebih panjang, ada masa senggang antara kelas, kemudahan di sekolah yang berfungsi sepenuhnya, pendidikan agama yang diintegrasikan dalam sistem pendidikan sekolah kebangsaan. mungkinkah semua ini boleh dilakukan?