23 Oktober 2007

Selepas Aidilfitri 1428H

Setelah 10 hari dalam mood Raya, aku kembali menulis (menaip?). Kononnya seperti angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di ISS selama 11 hari. Baik aku berhenti merapu. Aidilfitri aku kali ini lebih banyak aku rayakan di jalan raya. Mari kita ikuti kisah Aidilfitri aku yang merapu ini.

Malam Raya
Aku tak pergi ke masjid untuk bertakbir kerana aku bertakbir di Pasar Ramadhan berhampiran Masjid Negeri. Aku dengar peniaga-peniaga di sana 'bertakbir', 4 - 10, 5 - 10, 6 - 10, semuanya memancing pelanggan-pelanggan untuk membeli kuih-muih, kerepek-kerepek jualan mereka. Hahaha. Takkan lah ada orang bertakbir kat Pasar Ramadhan kot? Selesai proses 'mengkayakan' peniaga, tekak aku berasa mengada-ngada untuk makan kek keju Secret Recipe. Maka, malam raya menyaksikan aku ke Secret Recipe, semata-mata untuk sepotong kek keju.
2 potong kek keju New York, 2 gelas air kosong, ice blended mango & hot choc

Raya Pertama
Solat sunat Aidilfitri di Surau Ar-Raudhah. Selepas itu, terus bertolak balik ke Raub. Nenek yang aku panggil 'Wan' terjatuh ketika hendak berbuka puasa pada hari puasa ke 29 yang lalu. Hanya 1 malam di sana, aku perlu pulang ke Kuantan kerana abang-abangku akan balik ke rumah pada Raya Kedua.

Raya Ketiga & Keempat
Kami berkunjung ke rumah saudara mara yang ada di Kuantan. 2 abangku kemudian beraya bersama isteri masing-masing, aku tidur di rumah. Tidak ada langsung budak-budak yang datang beraya ke rumahku. Mungkin aku lebih banyak tidur dari berjaga, sebab itu aku tidak sedar kehadiran mereka. Jimat duit rayaku.

Raya Keenam
Aku tiba di Puduraya jam 4 pagi. Terlalu awal. Gila! Aku rasa pemandu bas memandu dengan laju, tetapi aku tak sedar disebabkan aku tertidur. Nasib baik tak berlaku apa-apa, kalau tak, aku tak dapat nak membebel lagi dalam blog aku ni. Ah, aku merapu lagi! Kenapa aku berada di Puduraya? Ada orang ingin beraya di Raub dan aku akan bawa dia ke sana. Petang, bertolak dari Salak Tinggi dan tiba di kampung jam 8 malam. Aku tidur awal, keletihan memandu seharian. Nasib baik 'Matahari' bertransmisi automatik, taklah aku aku letih menukar gear.

Raya Ketujuh
Bertolak jam 8 pagi, tiba jam 11 pagi. Ingatkan jamuan di Kemaman pada waktu tengah hari, tapi sudah diubah ke waktu malam. Sudahnya, aku qada' tidur lagi. Nak hilangkan letih, malam nanti ke Kemaman lagi.

Raya Kelapan
Dari Kuantan ke Tampin. Ke rumah Pak Teh. Usai makan tengah hari, ke kampung sebelah ayah. Lalu sahaja, kerana sudah tiada rumah untuk disinggahi. Rumah pusaka disewa. Lewat petang, ke KL, ke rumah Pak Andak. Bermalam di Ampang.

Raya Kesembilan
Pulang ke Kuantan lewat petang. Sangat lewat. Janjinya jam 4, tetapi sejam setengah kemudian baru bertolak. Jam 7, tiba di R&R Temerloh. Solat dan makan malam. Hujan lebat, terpaksa memandu perlahan-lahan. Tiba di rumah, urus diri dan tidur. 4 hari berterusan memandu, memang meletihkan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Encik Rasis memakan 2 potong kek keju, 2 gelas air kosong, ice blended mango dan hot choc secara berseorangan? Hmm... satu kemusykilan disitu...

Anyway, Encik Rasis, saya nak minta maaf atas kelewatan ketibaan saya pada hari Ahad yang lalu. No excuses whatsoever.

Have a good week ahead.