Dah nak seminggu dah minyak naik. Dari RM1.92 ke RM2.70, kenaikan 40%. Walaupun kenaikan harga minyak sudah dijangka selepas PRU 12 yang lalu, namun tiada siapa yang menjangkakan kenaikan yang mendadak. Aku? Sebagai seorang pengguna dan rakyat Malaysia, aku terpaksa menerima sahaja kenaikan tersebut. Apa lagi yang mampu aku buat?
Pak Lah menjanjikan kenaikan petrol tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang. Subsidi akan diagihkan untuk subsidi bahan makanan. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harga barang semakin mahal. Dahulu, beras 10kg boleh dibeli dengan harga RM18, tapi sekarang harganya lebih dari RM30. Kenaikan petrol telah menyebabkan kesan domino. Aku sendiri terasa peritnya, apatah lagi mereka yang tinggal di kampung-kampung.
Tapi apa yang boleh aku buat? Ubah gaya hidup? Gaya hidup sekarang pun sudah memeritkan, bagaimana lagi mahu aku ubah? Sebenarnya yang paling banyak membazirkan subsidi petrol adalah kerajaan sendiri. Tak percaya? Cuba fikirkan maklumat yang aku ingin kongsi bersama.
Bayaran subsidi cukai jalan sebanyak RM625 bagi kereta 2000 cc ke bawah adalah umpama ikan bilis di celah gigi paus. Sangat tidak membantu untuk mengurangkan beban kenaikan petrol. Nasib baik aku tinggal berhampiran tempat kerjaku, jadi penggunaan petrol masih boleh aku abaikan, meskipun harga petrol naik dan aku masih memandu setiap pagi. (Aku tak dapat nak berjalan kaki, barang-barang banyak yang perlu aku bawa.)
Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil?

- Aku difahamkan bagi gred JUSA dan ke atas, penggunaan petrol adalah tanpa had, baik untuk kegunaan rasmi ataupun kegunaan peribadi. Kalau bagi gred JUSA pun sudah percuma, apatah lagi bagi pemimpin negara. Kita pula terpaksa membayar harga petrol, baik untuk kegunaan peribadi mahupun rasmi.
Bayaran subsidi cukai jalan sebanyak RM625 bagi kereta 2000 cc ke bawah adalah umpama ikan bilis di celah gigi paus. Sangat tidak membantu untuk mengurangkan beban kenaikan petrol. Nasib baik aku tinggal berhampiran tempat kerjaku, jadi penggunaan petrol masih boleh aku abaikan, meskipun harga petrol naik dan aku masih memandu setiap pagi. (Aku tak dapat nak berjalan kaki, barang-barang banyak yang perlu aku bawa.)
Apakah langkah-langkah yang telah anda ambil?
1 ulasan:
Setuju kalau FTA diimplemenkan sepenuhnya, lebuhraya dimanage kembali oleh kerajaan (bukan syarikat konsesi) dan sesetengah tax dimansuhkan.
Catat Ulasan