- Hari ini, aku ke bandar untuk misi "Satar Untuk Ibu Si Buntal".
- Destinasi pertama aku ialah bazar Ramadhan Stadium Darul Makmur. Setibanya aku disana, tiada gerai yang menjual satar.
- Aku mengambil keputusan untuk ke Bukit Sekilau untuk membeli Murtabak Mengkasar.
- Aku memang suka murtabak Mengkasar disebabkan oleh filling (inti)nya.
- Tapi hari ini aku sangat kecewa. 2 murtabak yang aku order, setengah jam kemudian aku hanya dapat sekeping sahaja.
- Aku order, tunggu, dalam masa setengah jam, orang lain yang datang lebih lewat daripada aku pun sudah balik dengan order masing-masing.
- Apabila aku bertanya, katanya sedang dibuat order aku. Akhirnya bila aku dapat, hanya sekeping sahaja.
- Rupa-rupanya, sistem mereka ialah mengikut giliran jenis murtabak yang dimasak. Jika kita memesan murtabak ayam istimewa, terpaksa menunggu sehingga murtabak ayam biasa habis dimasak.
- Mudah kata, kalau mahukan murtabak yang cepat, silalah bertanya kepada pembuatnya murtabak apa yang tengah dimasak.
- Setelah beredar dari Bukit Sekilau dengan rasa kecewa terhadap layanan pekerja Murtabak Mengkasar Kuantan, aku ke Tanjung Lumpur untuk mencari satar.
- Nasib baik, Gerai Pok Su Mok Su ada menjual satar. Terus aku borong satar untuk Ibu Si Buntal.
- Dalam perjalanan, aku kembali bertemu denagn pengguna jalan raya yang sangat menjengkelkan. Sudahnya kurang pahala puasa aku memaki hamun orang hari ini.
- Kekecewaan aku dengan murtabak mengkasar terubat apabila ke bazar Taman Tas. Ternyata ayam kapit ada dijual. Ayam kapit ini ialah ayam yang dibakar/dipanggang dengan arang.
- Ayam kapit ini sangat simple, iaitu ayam yang dilumurkan dengan garam dan kunyit. Mudah bukan?
- Apa yang membezakan ayam kapit dengan ayam-ayam lain ialah ayam kapit ini sangat terasa garam dan kunyitnya, tidak seperti kebanyakan ayam golek/percik/panggang lain yang dijual di bazar Ramadhan.
Semua bebelan & tulisan yang dipaparkan di blog ini adalah 100% dari pemikiran penulisnya, tidak ada kena mengena dengan sebarang organisasi yang dianggotai penulis, samada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Jika anda tidak boleh menerimanya, sila tinggalkan blog ini. Jika anda bersetuju dengan pendapat saya, sila tinggalkan komen. Terima kasih.
29 Ogos 2009
Kuantan Yang Sangat Menjengkelkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan