- Bukan aku nak cerita pasal lauk berbuka, tapi aku cuma nak berkongsi mengenai apa yang aku nampak tiap-tiap kali bulan Ramadhan.
- Tak dinafikan memang baik untuk ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan surau untuk solat terawih.
- Namun kerapkali aku lihat anak-anak dibiarkan bermain tanpa pengawasan ibu bapa sehingga mengganggu jemaah lain untuk beribadah.
- Aku tak salahkan anak-anak tersebut, cuma aku terkilan dengan sikap ibu bapa yang demikian.
- Setelah aku ingat kembali, aku memang tak pernah bermain-main di surau semasa solat terawih semasa aku kecil dahulu.
- Bukan aku mengatakan aku budak yang baik, cuma aku tak pernah ke surau untuk terawih semasa aku sekolah rendah.
- Aku cuma berterawih setelah aku belajar cara-cara solat terawih semasa aku di sekolah menengah.
- Pokok pangkalnya, kalau anak itu belum mumaiyyiz, harapnya ibu atau bapa ada bersama dengan anak supaya dapat memimpin anak tersebut.
Semua bebelan & tulisan yang dipaparkan di blog ini adalah 100% dari pemikiran penulisnya, tidak ada kena mengena dengan sebarang organisasi yang dianggotai penulis, samada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Jika anda tidak boleh menerimanya, sila tinggalkan blog ini. Jika anda bersetuju dengan pendapat saya, sila tinggalkan komen. Terima kasih.
27 Ogos 2009
Ketam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
wei...aku semalam makan ketam terus gatal2 bibir..waaaa.. tensennn!!!!
1 lg aku tak berkenan bila ada mak bapak bawak anak yg kecik dtg masjid or surau & letak anak dia di tengah2 saf... kan terputus saf tu.. patutnye dia amik le lokasi paling tepi kan???
well, kalau anak tu dah baligh, takpe la nak duk tengah-tengah saff ke hape...
tapi yang aku pening tu, anak tak baligh diletak tengah saf, anak yang belum mumaiyyiz dibiarkan kat belakang...
aku rasa lebih banyak pahala kalau bapa terawih bersama-sama anak. secara tak langsung boleh menjadi contoh kepada yang lain.
hanya pendapat aku...
Catat Ulasan