- Ini bukan cerita bagaimana aku mendapat nama aku tetapi ini adalah sedikit pandangan (bukan pendapatan) aku mengenai isu yang hangat (hangit?) iaitu rasis ataupun perkauman.
- Nama aku Rasis tetapi aku bukan rasis. Keliru? rasis mengambil kata "ras" (kaum) yang lebih banyak digunapakai di Indonesia (kenapa tak guna perkataan "perkauman"?).
- Baru-baru ini ada puak yang meminta supaya ruangan KAUM ditiadakan dari semua borang.
- Ini adalah sempena Konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh PM kita yang aku kira lebih kepada retorik semata-mata.
- Jika Melayu dituduh bersifat perkauman, apakah kaum lain tidak begitu? Kenapa sekolah vernakular perlu dipertahankan jika kita benar-benar menyokong Konsep 1Malaysia?
- Adakah kaum lain mahu berkorban akan sekolah mereka dan bertutur menggunakan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu yang kita tahu adalah Bahasa Kebangsaan kita?
- Apakah kita perlu menyemak semula dasar pemberian kewarganegaraan Tanah Melayu kepada kaum pendatang dari China dan India ini?
- Tidak pernah dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia bahawa negara kita ini dibina oleh orang Melayu, Cina dan India. Cuma yang ada dinyatakan dalam Perlembagaan Malysia ialah kedudukan Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sarawak dan Sabah.
- Marilah kita kembali kepada keadaan asal, tiada syak wasangka antara kaum. Kepada kaum-kaum lain, hormatilah hak orang Melayu sebagai teras negara kita ini. Kepada saudara-saudara Melayu (dan harapnya seIslam), hormatilah kaum bukan Melayu ini selagi mereka tidak melampaui batas.
Semua bebelan & tulisan yang dipaparkan di blog ini adalah 100% dari pemikiran penulisnya, tidak ada kena mengena dengan sebarang organisasi yang dianggotai penulis, samada secara rasmi mahupun tidak rasmi. Jika anda tidak boleh menerimanya, sila tinggalkan blog ini. Jika anda bersetuju dengan pendapat saya, sila tinggalkan komen. Terima kasih.
29 Ogos 2009
RASIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan