23 Oktober 2007

Selepas Aidilfitri 1428H

Setelah 10 hari dalam mood Raya, aku kembali menulis (menaip?). Kononnya seperti angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di ISS selama 11 hari. Baik aku berhenti merapu. Aidilfitri aku kali ini lebih banyak aku rayakan di jalan raya. Mari kita ikuti kisah Aidilfitri aku yang merapu ini.

Malam Raya
Aku tak pergi ke masjid untuk bertakbir kerana aku bertakbir di Pasar Ramadhan berhampiran Masjid Negeri. Aku dengar peniaga-peniaga di sana 'bertakbir', 4 - 10, 5 - 10, 6 - 10, semuanya memancing pelanggan-pelanggan untuk membeli kuih-muih, kerepek-kerepek jualan mereka. Hahaha. Takkan lah ada orang bertakbir kat Pasar Ramadhan kot? Selesai proses 'mengkayakan' peniaga, tekak aku berasa mengada-ngada untuk makan kek keju Secret Recipe. Maka, malam raya menyaksikan aku ke Secret Recipe, semata-mata untuk sepotong kek keju.
2 potong kek keju New York, 2 gelas air kosong, ice blended mango & hot choc

Raya Pertama
Solat sunat Aidilfitri di Surau Ar-Raudhah. Selepas itu, terus bertolak balik ke Raub. Nenek yang aku panggil 'Wan' terjatuh ketika hendak berbuka puasa pada hari puasa ke 29 yang lalu. Hanya 1 malam di sana, aku perlu pulang ke Kuantan kerana abang-abangku akan balik ke rumah pada Raya Kedua.

Raya Ketiga & Keempat
Kami berkunjung ke rumah saudara mara yang ada di Kuantan. 2 abangku kemudian beraya bersama isteri masing-masing, aku tidur di rumah. Tidak ada langsung budak-budak yang datang beraya ke rumahku. Mungkin aku lebih banyak tidur dari berjaga, sebab itu aku tidak sedar kehadiran mereka. Jimat duit rayaku.

Raya Keenam
Aku tiba di Puduraya jam 4 pagi. Terlalu awal. Gila! Aku rasa pemandu bas memandu dengan laju, tetapi aku tak sedar disebabkan aku tertidur. Nasib baik tak berlaku apa-apa, kalau tak, aku tak dapat nak membebel lagi dalam blog aku ni. Ah, aku merapu lagi! Kenapa aku berada di Puduraya? Ada orang ingin beraya di Raub dan aku akan bawa dia ke sana. Petang, bertolak dari Salak Tinggi dan tiba di kampung jam 8 malam. Aku tidur awal, keletihan memandu seharian. Nasib baik 'Matahari' bertransmisi automatik, taklah aku aku letih menukar gear.

Raya Ketujuh
Bertolak jam 8 pagi, tiba jam 11 pagi. Ingatkan jamuan di Kemaman pada waktu tengah hari, tapi sudah diubah ke waktu malam. Sudahnya, aku qada' tidur lagi. Nak hilangkan letih, malam nanti ke Kemaman lagi.

Raya Kelapan
Dari Kuantan ke Tampin. Ke rumah Pak Teh. Usai makan tengah hari, ke kampung sebelah ayah. Lalu sahaja, kerana sudah tiada rumah untuk disinggahi. Rumah pusaka disewa. Lewat petang, ke KL, ke rumah Pak Andak. Bermalam di Ampang.

Raya Kesembilan
Pulang ke Kuantan lewat petang. Sangat lewat. Janjinya jam 4, tetapi sejam setengah kemudian baru bertolak. Jam 7, tiba di R&R Temerloh. Solat dan makan malam. Hujan lebat, terpaksa memandu perlahan-lahan. Tiba di rumah, urus diri dan tidur. 4 hari berterusan memandu, memang meletihkan.

13 Oktober 2007

Salam 1 Syawal 1428 H

Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakan yang mengenali diri ini, sama ada secara peribadi ataupun tidak. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut sampai hujung kaki, diatas segala tutur kata yang menyakitkan hati, tingkah laku yang menyinggung perasaan, semoga Aidilfitri ini akan menyucikan diri dan mengembalikan kita semua kepada fitrah. Selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

ikhlas dari,
- tuan punya blog -

11 Oktober 2007

29 Ramadhan 1428 H

Today is the second last day of Ramadhan. Some of us is already in Raya mode, including yours truly. Hari ni pun aku dah mula bercuti, sehinggalah 22 Oktober nanti. This year, my parents and I will be going back to Raub after the Solat Aidilfitri. We will be back home on the 2nd day of Raya, since my 1st & 3rd brother will be back in Kuantan on 14 October. If any of you happen to be around Kuantan on Hari Raya, do make yourself free and come to my house. Duit raya will be given to children under 12 years old only. Thank you.

10 Oktober 2007

The Death Of My Second Wife

No, I'm not married yet. My second wife refers to my previous faithful Acer laptop that willingly serve me for 1 1/2 years. It cease to operate on last Friday morning, before i went to work. Luckily, I've spent my weekend with my other half. Since my laptop is already kaput, I bought myself a new one, Acer Aspire 4315. Trying to look pandai, I bought the one without OS. Then, my nightmare started. I've tried to install XP & Vista, but met with dead end. My agony continues for 3 days. Then, a friend of mine suggested to me to send it to his friend's shop. Rupa-rupanya, it's easy to install Vista to a SATA hard disk. The key is to know the proper way. Well, at least I've learned something new.

p/s : acer aspire 4315, Intel Celeron 530 (1.73 GHz), 512 MB DDR2, 80 GB SATA HDD, DVD-Super Multi DL

04 Oktober 2007

Pengakuan

  1. Aku tak pandai mengarang. Zaman sekolah pun memang aku tak pandai nak mengarang, tapi sekarang aku rasa karangan aku bertambah teruk. Baik surat, karangan atau apa pun, aku tak pandai nak karang. Sebab tu bila korang baca entry-entry aku macam karangan budak sekolah yang tak berpandu.
  2. Aku tak pandai bercerita. Kadang-kadang bila aku bercerita, orang tak paham apa yang aku cakapkan. Tapi apa yang aku tahu, Bahasa Melayu aku lebih baik daripada Bahasa Melayu Datuk Seri S. Samy Vellu.
Sekian, terima kasih

03 Oktober 2007

PMR di Sekolah 1 Sesi & pelajarnya Ponteng

Time : Breaking of Fast
Place : Home
Date : Oct 2 2007

Sister-in-law (SIL) : sis, bila PMR start?
Me : semalam, sampai jumaat ni.
SIL : kenapa tak jaga PMR?
Me : malas la, bulan2 puasa ni... lepas tu bukannya dapat cepat bayaran jaga exam tu...
SIL : jaga exam pun kena bayar ek?
Me : yup. kira ala-ala bertugas luar stesen la. sama macam gi kursus, mesyuarat, bole claim.
SIL : o, ok... tapi kenapa cikgu-cikgu bising bila dicadangkan kerja sampai pukul 4?
Me : cadangan ad hoc, siapa nak terima? kalau dalam keadaan yang terkawal, semua pelajar tinggal di asrama, mungkin tiada masalah. sedangkan waktu persekolahan biasa pun, pelajar boleh ponteng, inikan pula pelajar 'dikurung' sampai pukul 4 petang. yang jadinya nanti, cikgu sibuk mengejar budak dari menjalankan aktiviti yang sepatutnya.
SIL : tak boleh pakai langsung ke cadangan tu?
Me : boleh, tapi kemudahan perlu ada. kantin, surau yang boleh menampung pelajar. kita perlu ingat, 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. tak semua pelajar sama. ada yang baik, ada yang degil. kita tak boleh expect semua pelajar akan ikut apa yang dirancangkan.
SIL : cikgu kena la jaga...
Me : betul, cikgu kena jaga. mana ada cikgu nak perkara yang buruk-buruk untuk anak muridnya. kak, kita yang bekas pelajar sekolah terkawal pun, akak ex-MRSM, saya SBP, mesti ada sorang dua kawan-kawan kita yang jenis tak makan saman, betul tak? inikan pulak sekolah biasa. kalau lebih-lebih marahkan pelajar, mak bapak yang datang menyerang nanti.

actually, hari ni pun ada kes pelajar ponteng sekolah dari pagi, meaning memang diorang tak masuk sekolah. 2 orang, perempuan. macam mana nak buat ni?

p/s : budak yang ponteng tu bukan calon PMR, harap maklum.

02 Oktober 2007

PMR 2007

1 - 5 Oktober, 2007 : PMR. Wishing all the best to my students, hope all of you can get the best result that you have ever achieved. Frankly speaking, I'm quite close to this batch of 3rd former. I've been teaching some of them since form 1 in 2005 (I taught Form 1 English back then, 1IS class). In 2006, Form 2 Science, 2IS & 2AF and this year, 3IS & 3IK. I was the form teacher for 2AF class last year. They were like my little brothers & sisters.

p/s : pardon for my bad English writing. it's been a long time since I've written anything in English. I'll translate it later. terima kasih.