29 Ogos 2009

Kuantan Yang Sangat Menjengkelkan


  1. Hari ini, aku ke bandar untuk misi "Satar Untuk Ibu Si Buntal".
  2. Destinasi pertama aku ialah bazar Ramadhan Stadium Darul Makmur. Setibanya aku disana, tiada gerai yang menjual satar.
  3. Aku mengambil keputusan untuk ke Bukit Sekilau untuk membeli Murtabak Mengkasar.
  4. Aku memang suka murtabak Mengkasar disebabkan oleh filling (inti)nya.
  5. Tapi hari ini aku sangat kecewa. 2 murtabak yang aku order, setengah jam kemudian aku hanya dapat sekeping sahaja.
  6. Aku order, tunggu, dalam masa setengah jam, orang lain yang datang lebih lewat daripada aku pun sudah balik dengan order masing-masing.
  7. Apabila aku bertanya, katanya sedang dibuat order aku. Akhirnya bila aku dapat, hanya sekeping sahaja.
  8. Rupa-rupanya, sistem mereka ialah mengikut giliran jenis murtabak yang dimasak. Jika kita memesan murtabak ayam istimewa, terpaksa menunggu sehingga murtabak ayam biasa habis dimasak.
  9. Mudah kata, kalau mahukan murtabak yang cepat, silalah bertanya kepada pembuatnya murtabak apa yang tengah dimasak.
  10. Setelah beredar dari Bukit Sekilau dengan rasa kecewa terhadap layanan pekerja Murtabak Mengkasar Kuantan, aku ke Tanjung Lumpur untuk mencari satar.
  11. Nasib baik, Gerai Pok Su Mok Su ada menjual satar. Terus aku borong satar untuk Ibu Si Buntal.
  12. Dalam perjalanan, aku kembali bertemu denagn pengguna jalan raya yang sangat menjengkelkan. Sudahnya kurang pahala puasa aku memaki hamun orang hari ini.
  13. Kekecewaan aku dengan murtabak mengkasar terubat apabila ke bazar Taman Tas. Ternyata ayam kapit ada dijual. Ayam kapit ini ialah ayam yang dibakar/dipanggang dengan arang.
  14. Ayam kapit ini sangat simple, iaitu ayam yang dilumurkan dengan garam dan kunyit. Mudah bukan?
  15. Apa yang membezakan ayam kapit dengan ayam-ayam lain ialah ayam kapit ini sangat terasa garam dan kunyitnya, tidak seperti kebanyakan ayam golek/percik/panggang lain yang dijual di bazar Ramadhan.

ARAK & SEKS BEBAS

  1. Sebelum ini kecoh di Selangor apabila terjadinya sedikit kekecohan di antara YB Ronnie Liu dengan YB Hassan Ali.
  2. Ini adalah berikutan campur tangan Ronnie Liu terhadap rampasan arak & beer yang dijual di kawasan majoriti penduduk Islam.
  3. Sebelum dipanjangkan lagi perbincangan hal itu disini, silalah sesiapa yang boleh menghubungi YB Ronnie Liu untuk menjawab soalan ini, "Berikan contoh mana-mana agama yang membenarkan & menggalakkan umatnya untuk meminum arak."
  4. Ajaran Confucius, Taoisme & Buddha yang menjadi pegangan kaum Cina sendiri melarang pengikutnya dari meminum minuman keras kerana ianya lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.
  5. Untuk lebih jelas lagi, sebenarnya agama Kristian juga melarang penganutnya untuk minum minuman keras tetapi telah diputar belitkan oleh mereka yang tidak mahu menerima larangan tersebut dengan alasan meminum minuman keras tanpa mabuk dibolehkan (kenapa aku rasa sama macam alasan YB Ronnie?)
  6. Dr. Ridhuan Tee, seorang tokoh Islam berbangsa Cina sendiri telah teruk dikecam oleh kaum Cina apabila dikatakan tidak menghormati mendiang Teoh Beng Hock.
  7. Sepanjang pembacaan aku, Dr. Ridhuan hanya menyatakan kekesalannya terhadap beberapa tokoh politik kaum Cina yang lantang meminta anak mendiang yang dikandung oleh tunangnya (bukan isteri) diangkat taraf sebagai anak sah taraf dan bukannya anak luar nikah.
  8. Sekali lagi aku meminta mana-mana orang yang boleh menunjukkan ajaran manakah yang membenarkan hubungan seks sebelum perkahwinan dibenarkan dalam ajaran tersebut.
  9. Jika ada mana-mana ajaran yang membenarkan hubungan luar nikah, aku sendiri yang akan meminta menteri berkenaan untuk membenarkan anak mendiang dianggap sebagai anak sah taraf.
  10. Semuanya terdesak untuk menjadi jaguh kaum masing-masing.

RASIS

  1. Ini bukan cerita bagaimana aku mendapat nama aku tetapi ini adalah sedikit pandangan (bukan pendapatan) aku mengenai isu yang hangat (hangit?) iaitu rasis ataupun perkauman.
  2. Nama aku Rasis tetapi aku bukan rasis. Keliru? rasis mengambil kata "ras" (kaum) yang lebih banyak digunapakai di Indonesia (kenapa tak guna perkataan "perkauman"?).
  3. Baru-baru ini ada puak yang meminta supaya ruangan KAUM ditiadakan dari semua borang.
  4. Ini adalah sempena Konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh PM kita yang aku kira lebih kepada retorik semata-mata.
  5. Jika Melayu dituduh bersifat perkauman, apakah kaum lain tidak begitu? Kenapa sekolah vernakular perlu dipertahankan jika kita benar-benar menyokong Konsep 1Malaysia?
  6. Adakah kaum lain mahu berkorban akan sekolah mereka dan bertutur menggunakan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu yang kita tahu adalah Bahasa Kebangsaan kita?
  7. Apakah kita perlu menyemak semula dasar pemberian kewarganegaraan Tanah Melayu kepada kaum pendatang dari China dan India ini?
  8. Tidak pernah dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia bahawa negara kita ini dibina oleh orang Melayu, Cina dan India. Cuma yang ada dinyatakan dalam Perlembagaan Malysia ialah kedudukan Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sarawak dan Sabah.
  9. Marilah kita kembali kepada keadaan asal, tiada syak wasangka antara kaum. Kepada kaum-kaum lain, hormatilah hak orang Melayu sebagai teras negara kita ini. Kepada saudara-saudara Melayu (dan harapnya seIslam), hormatilah kaum bukan Melayu ini selagi mereka tidak melampaui batas.

27 Ogos 2009

Ketam

  1. Bukan aku nak cerita pasal lauk berbuka, tapi aku cuma nak berkongsi mengenai apa yang aku nampak tiap-tiap kali bulan Ramadhan.
  2. Tak dinafikan memang baik untuk ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan surau untuk solat terawih.
  3. Namun kerapkali aku lihat anak-anak dibiarkan bermain tanpa pengawasan ibu bapa sehingga mengganggu jemaah lain untuk beribadah.
  4. Aku tak salahkan anak-anak tersebut, cuma aku terkilan dengan sikap ibu bapa yang demikian.
  5. Setelah aku ingat kembali, aku memang tak pernah bermain-main di surau semasa solat terawih semasa aku kecil dahulu.
  6. Bukan aku mengatakan aku budak yang baik, cuma aku tak pernah ke surau untuk terawih semasa aku sekolah rendah.
  7. Aku cuma berterawih setelah aku belajar cara-cara solat terawih semasa aku di sekolah menengah.
  8. Pokok pangkalnya, kalau anak itu belum mumaiyyiz, harapnya ibu atau bapa ada bersama dengan anak supaya dapat memimpin anak tersebut.

21 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Tapi kali ini, berbeza daripada Ramadhan sebelum ini kerana ini adalah kali kedua Ramadhanku sebagai seorang suami dan kali pertama Ramadhanku sebagai seorang bapa. Aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua, semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir untuk kita dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan yang lepas, InsyaAllah.

2007 - 1
2008 - 2
2009 - 3
2010 - 4?

p/s : agak suram Ramadhan kali ini kerana kembalinya ke Rahmatullah nenda tercinta. pada bulan 4 yang lalu. sementelah pula minggu lepas aku bermimpi arwah nenekku.

05 Ogos 2009

Success Is ...

Success is just like being pregnant ... Everybody congratulates you but nobody knows how many times you were fucked !!!

The Key To Life

When I was 5 years old, my mom always told me that happiness was the key to life. When I went to school, they asked me what I wanted to be when I grew up. I wrote down "happy". They told me I didn't understand the assignment. I told them they didn't understand life.