25 September 2007

Ibu bapa Nurin Jazlin boleh didakwa : WTF?!

KUALA KANGSAR 23 Sept. – Ibu bapa kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang diculik dan didera secara seksual sehingga meninggal dunia boleh didakwa di mahkamah jika terdapat unsur kecuaian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, walaupun seluruh negara cukup bersimpati dan bersedih dengan tragedi itu, namun undang-undang negara perlu diutamakan.

Beliau yang menyokong pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai isu itu menegaskan:

‘‘Undang-undang tetap undang-undang dan kita kena ambil tindakan kerana antara Rukun Negara kita adalah untuk menegakkan undang-undang.

‘‘Jadi kalau ada perbuatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan... tidak ada sesiapa pun boleh terlepas.”

Mohamed Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan zakat anjuran Amanah Raya Berhad di Masjid Taman Kuala Kangsar di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara mengenai kemungkinan ibu bapa Nurin Jazlin iaitu Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistamandidakwa kerana cuai mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Menurut Musa, jika kecuaian itu membawa kepada penculikan Nurin Jazlin, polis akan mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa.


WTF?! Maaf jika pos ini aku mulakan dengan kata-kata kesat di bulan Ramadhan. Pada hemat & pendapat aku, bukankah kerajaan & pihak polis yang sepatutnya menyediakan pesekitaran yang selamat untuk orang ramai? Adakah ibu bapa Allahyarham Nurin akan didakwa sekiranya anak mereka ditemui dalam keadaan selamat? Apakah tidak cukup dengan penderitaan yang mereka lalui, maka perlu lagi mereka didakwa kerana cuai menjaga anak mereka? Tidakkah sepatutnya kerajaan, pihak polis yang disaman kerana tidak memastikan keselamatan rakyat yang telah mengundi mereka? Yang penting sekarang ialah pembunuhnya dikesan, dibawa ke muka keadilan & dihukum dengan setimpalnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah...

Kredit : Utusan Malaysia Online

Blogged with Flock

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betol gak. dok salah penjenayah jer wat pa. careless pn salah gak!

Meor@Maru berkata...

Rasenye.. kalau sume tuding jati sesame sendiri... sampai bile pun x selesai...

Encik Rasis berkata...

aku rasa, kita tak boleh rasa selesa dengan keadaan sekeliling kita... memang kita rasa sesuatu tempat itu selamat kerana kita sudah biasa, tetapi janganlah kita mengambil ringan tentang aspek-aspek keselamatan...