04 September 2007

Merdekakah Kita?

MY-50-Merdeka-Logo-big

Agak lambat aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-50" kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa nih. Samada kita sedar atau tidak, dalam tempoh 50 tahun ini, Malaysia telah mencapai satu tahap kemajuan yang tidak pernah difikirkan oleh datuk nenek kita dahulu. Sebelum merdeka, ada yang mempersoalkan, "Boleh ke kita memerintah sendiri?". Hasilnya, kini Malaysia adalah salah satu negara yang lantang memperjuangkan nasib negara-negara ketiga dan Islam.

Seperti juga sewaktu Tun Dr. M mencetuskan idea untuk menghasilkan kereta kita sendiri. Ada yang bertanya, "Boleh ke kita buat kereta sendiri? Jarum pun kita tak mampu nak buat." Tetapi kini Proton sudahpun meluncur di jalan-jalan raya di Tanah British, bekas penjajah kita. Mungkin ada yang memperlekehkan Proton sebagai 'kereta tin Milo' (itu yang aku dengar masa aku kecik-kecik dulu), tapi kita kena ingat, sejarah Proton kurang dari 30 tahun. Aku tetap bangga dengan kejayaan Proton (walaupun bunyi-bunyi dalam WLB, CBD dan CBY masih aku tak dapat nak atasi...hehehe...).

Dalam suratkhabar hari ini, ada 1 lagi berita yang membanggakan aku. Kecemerlangan Nur Amalina diteruskan di peringkat A-Level. Dia telah berjaya mencapai keputusan 5A untuk A-Levelnya. Siapa kata orang Melayu tidak pandai? Amalina telah membuktikan sebaliknya. Tetapi apa yang menyedihkan aku, ada diantara anak-anak murid aku yang sampai kini masih tidak sedar akan kepentingan pelajaran. Mereka hanya menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk datang ke sekolah, untuk mendapat duit belanja dari ibu bapa. Apa yang lebih menyedihkan, sindrom ini bukan hanya ada pada pelajar di tingkatan rendah (tingkatan 1 &2) tetapi juga ada pada pelajar menengah atas (tingkatan6). Apa lagi yang harus aku lakukan?

Aku rasa aku nak berhenti dulu. Dah pukul 8:35 malam, lapar la...

p/s: thanks to blogger KJ for the logo. ribuan terima kasih untuk En. Nor Azian A. Hasan atas logo sambutan kemerdekaan ke50 ciptaannya.

2 ulasan:

parmacy berkata...

En Rasis,

Sebenarnya komen mengenai jarum yang kononnya tak mampu dibuat telah wujud dari zaman menjelang merdeka lagi, ketika terdengar berita Malaysia akan merdeka :)

Komen itu juga muncul ketika Tun Mahathir mengumumkan nak buat kereta, tapi dijawab oleh Tun dengan komennya, "Kita nak buat kereta, bukannya nak buat jarum :)"

Selamat Merdeka!

Encik Rasis berkata...

heh, bebelan semasa hati tidak tenteram telah mendedahkan kelemahan penulis. maaf dipinta...