07 September 2007

* Kemaskini * - Program Pembangunan Modal Insan

Jumaat - Sabtu (7/9/2007 - 8/9/2007) : Program Pembangunan Modal Insan

Satu program yang pada dasarnya baik, tetapi kurang berjaya disebabkan oleh tidak mendapat kerjasama dari semua pihak. Program ini sepatutnya mengumpulkan pelajar-pelajar yang dikenalpasti bermasalah di sekolah agar dapat ditingkatkan lagi modal insan mereka. Peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Walaupun beberapa orang penjaga telah dilantik sebagai fasilitator, tetapi hanya 2, 3 orang penjaga sahaja yang benar-benar bersama sewaktu program berlangsung.

Jumaat - aktiviti pertama, hafazan surah-surah pilihan. Menyedihkan, anak-anak Melayu Islam tidak dapat menghafaz surah-surah pendek, surah-surah lazim. Tapi itu hanya kejutan pertama. Selepas solat Asar, aku dikejutkan dengan satu lagi kejutan. Ada seorang pelajar yang langsung tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Bukan tergagap-gagap, tetapi langsung tidak boleh. Aku beristighfar panjang.

Selepas solat maghrib, program diteruskan lagi dengan amali solat. Haji H*ishamuddin & Ustaz R*azlan menegur beberapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Hanya dari segi perbuatan, belum lagi diperiksa tentang bacaan-bacaan mereka. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Amali solat

Slot ceramah mengisi waktu malam mereka. Penceramah jemputan nampaknya seperti berjaya meningkatkan motivasi pelajar, namun aku takut jika mereka hanya "hangat-hangat t*ahi ayam" .

Slot ceramah

Keesokan harinya, disambung lagi dengan amali mengambil wuduk. Majlis penutup berlangsung pada waktu tengah hari, perasmian penutup oleh YDP PIBG. Masa yang sangat singkat, namun aku berharap kalaupun mereka tidak dapat berubah secara keseluruhan, sekurang-kurangnya mereka dapat juga sedikit sebanyak ilmu selama 2 hari 1 malam ini.
Amali wudukCenderahati untuk YDP PIBG (baru balik kebun katanya)

Tiada ulasan: