Malam tadi telah diadakan majlis solat hajat sempena PMR, SPM dan STPM di sekolah. Dari pandangan aku, ini adalah langkah terakhir setelah semua pelajar bertungkus lumus belajar dan mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan masing-masing. Seingat aku, amalan (atau tradisi?) solat hajat sebelum bermulanya peperiksaan awam yang besar telah ada sejak aku masih dibangku sekolah (tahun 90-an).
Namun begitu, malam tadi masih ada pelajar menunjukkan ketidakinsafan mereka. Ada yang bermain-main sewaktu solat hajat itu diadakan. Ada juga yang langsung tidak menghadirkan diri, walhal majlis diadakan untuk kebaikan mereka. Aku agak terkilan, namun seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya."

Kedatangan guru-guru juga boleh dibilang dengan jari. Aku kecewa. Seolah-olah mereka sahaja yang perlu menguruskan keluarga. Aku akui kedudukan sekolah yang agak jauh dari jalan besar dan ketiadaan lampu jalan disepanjang jalan menuju ke sekolah menyebabkan aku sendiri agak takut untuk ke sekolah pada waktu malam namun majlis ini adalah cara terakhir guru-guru untuk mendoakan kejayaan anak murid mereka. Bukankah doa guru itu makbul? Aku kurang mengerti dengan sikap mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan