21 September 2007

10 Senarai Semak Persiapan & Perlaksanaan Puasa

  1. Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith.
  2. Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.
  3. Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,berbohong) sebelum, ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.
  4. Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan)
  5. Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.
  6. Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.
  7. Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.
  8. Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbanyak bersabar.
  9. Usahakan anda beri’tikaf (berdiam diri/menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu.
  10. Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

Dari Buku “PANDUAN IBADAH PUASA RAMADHAN terbitan BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM (BKKI), NPC

Tiada ulasan: