Sesetengah daripada adab-adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan dan pahala puasa ialah:
- Jangan banyak berludah.
- Jangan membuang masa dengan berbual kosong, main terup, main dam dan sebagainya.
- Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
- Menjauhkan diri daripada sebarang pendengaran yang haram.
- Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut atau kotor.
- Menjaga tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki daripada berjalan ke tempat maksiat.
- Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka puasa.
- Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
- Jangan banyak tidur, terutamanya waktu siang hari.
Dipetik dari www.jais.net.my/ramadhan/main.php
Tiada ulasan:
Catat Ulasan