28 September 2007

9 Adab- adab Ketika Berpuasa

Sesetengah daripada adab-adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan dan pahala puasa ialah:
  1. Jangan banyak berludah.
  2. Jangan membuang masa dengan berbual kosong, main terup, main dam dan sebagainya.
  3. Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
  4. Menjauhkan diri daripada sebarang pendengaran yang haram.
  5. Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut atau kotor.
  6. Menjaga tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki daripada berjalan ke tempat maksiat.
  7. Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka puasa.
  8. Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
  9. Jangan banyak tidur, terutamanya waktu siang hari.
Dipetik dari www.jais.net.my/ramadhan/main.php

25 September 2007

PM suggests schools go single session to keep kids safe


KUALA LUMPUR:

How it will work: Pupils to stay in school until 4pm, taking part in co-curricular activities, sports or study periods where they can complete their homework under watchful eyes of teachers.

Worried about the safety of young children, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has suggested that single session schooling be introduced to keep them under watch for longer periods of time.

He said pupils would have lengthier school sessions, thus placing them under the protective eyes of their teachers.

Where both parents worked, Abdullah said they would feel better knowing that their children were in school during office hours.

"It has crossed my mind that there are so many parents who work these days and cannot be at home when their children return from school.

"Is there a possibility for us to think of single school sessions where the students start in the morning, but their day at school is extended to 4pm?

"It will be a massive exercise, but if it can be done, parents will have the peace of mind knowing that their children are safe in school," he said after chairing the Umno supreme council meeting at Menara Datuk Onn yesterday.

Abdullah said a longer school day would enable pupils to take part in extra-curricular activities, sports, or study periods where they do their homework.

He suggested that students be allowed to leave at 4pm, so that they could be picked up by their parents or take the school bus back and arrive home to be with their families.

In light of the recent murder of 8-year-old Nurin Jazlin Jazimin, Abdullah said he felt that longer school hours could be one way to secure child safety.

Nurin, a student of Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, went missing after going to a night market near her house in Section 1, Wangsa Maju, on Aug 20.

The girl's body was found stuffed in a sports bag left in front of a shoplot, bearing evidence of sexual abuse.

Asked if action could be taken against Nurin's parents for negligence, Abdullah said he did not wish to comment as it would be tantamount to placing the blame on them.

"We do not know what really happened. Negligence, as a matter of principle, is a very serious matter.

"We want parents to be responsible for their children and ensure that no harm comes to them."

Abdullah said the Rukun Tetangga would be re-emphasised so that communities could work together to ensure the safety of children in the area.

"They can act as vigilantes and monitor what goes on in the residential area. Strangers can be detected and crimes prevented.

"The police force will also work hard to combat crimes against children," he said.

Meanwhile, the Education Ministry has begun working towards having single session schooling despite some difficulties.

Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said there were problems due to space and land constraints, especially in the cities.

However, he was confident of achieving the aim.

"It has been the dream and target of the Education Ministry to have single session schooling," he told the New Straits Times.

He added that he had given the permission to build three-storey schools to compensate for the lack of space and land.

At present, he said, there was already a three-storey school building at SMK Jalan Cochrane.

"For those schools already in single session, we have done pilot projects to extend school hours for sports and co-curriculum.

"But, I'm not ready to announce our findings yet," he added.

In the National Education Blueprint 2006-2010, the ministry states its aim to have 90 per cent of all primary schools and 70 per cent of secondary schools as single session schools by 2010.

Credit to : New Straits Times

Pak Lah mencadangkan sesi pesekolahan dilanjutkan sehingga jam 4:00 petang. Rasionalnya ibu bapa tidak dapat bersama anak-anak ketika mereka balik dari sekolah kerana kedua-dua ibu bapa bekerja. Dikhuatiri ruang masa diantara waktu anak-anak balik dari sekolah dengan waktu ibu bapa pulang dari bekerja akan memberikan mereka ruang untuk terdedah kepada gejala jenayah.

Aku kurang bersetuju dengan cadangan ini. Sebab-sebabnya :
  1. Lebih baik jika kerajaan dan polis memastikan keselamatan pelajar dimana jua mereka berada, bukannya 'mengurung' mereka di sekolah selepas waktu persekolahan. Berapa lama kita perlu 'mengurung' pelajar di sekolah hanya kerana persekitaran yang kurang selamat? Mungkinkah 'mengurung' pelajar akan menambahkan lagi masalah disiplin?
  2. Perubahan sesi persekolahan tidak akan membawa sebarang perubahan jika masyarakat dan pihak polis mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Ibu bapa perlulah lebih bertanggungjawab mengenai anak-anak mereka, kenali rakan-rakan anak-anak mereka dan mengambil tahu di mana anak-anak mereka berada. Jika ibubapa mengabaikan kebajikan anak-anak mereka, mereka hendaklah didakwa dan dikenakan tindakan.
  3. Ibu bapa perlu mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka. Tanggungjawab menjaga anak janganlah dilepaskan kepada kerajaan/sekolah.
  4. Waktu yang terlalu lama di sekolah akan menyebabkan pelajar merasa letih. Kebiasaannya pelajar mula berasa mengantuk pada waktu tengah hari. Bayangkan jika pelajar berada di sekolah sehingga pukul 4:00 petang.
  5. Kita juga perlu memikirkan mengenai guru-guru. Guru-guru juga mempunyai komitmen dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Adakah kerana satu kes, guru-guru terpaksa memikul satu lagi tanggungjawab, iaitu sebagai pengasuh?
  6. Persoalan mengenai keselamatan tidak pernah diutamakan. Kejadian yang menimpa Allahyarham Nurin Jazlin berlaku pada waktu malam, di luar waktu persekolahan. Keselamatan perlulah dipertingkatkan terlebih dahulu. Janganlah kita menjadi seperti enau yang melepaskan duri masing-masing.

Ibu bapa Nurin Jazlin boleh didakwa : WTF?!

KUALA KANGSAR 23 Sept. – Ibu bapa kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang diculik dan didera secara seksual sehingga meninggal dunia boleh didakwa di mahkamah jika terdapat unsur kecuaian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, walaupun seluruh negara cukup bersimpati dan bersedih dengan tragedi itu, namun undang-undang negara perlu diutamakan.

Beliau yang menyokong pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai isu itu menegaskan:

‘‘Undang-undang tetap undang-undang dan kita kena ambil tindakan kerana antara Rukun Negara kita adalah untuk menegakkan undang-undang.

‘‘Jadi kalau ada perbuatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan... tidak ada sesiapa pun boleh terlepas.”

Mohamed Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan zakat anjuran Amanah Raya Berhad di Masjid Taman Kuala Kangsar di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara mengenai kemungkinan ibu bapa Nurin Jazlin iaitu Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistamandidakwa kerana cuai mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Menurut Musa, jika kecuaian itu membawa kepada penculikan Nurin Jazlin, polis akan mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa.


WTF?! Maaf jika pos ini aku mulakan dengan kata-kata kesat di bulan Ramadhan. Pada hemat & pendapat aku, bukankah kerajaan & pihak polis yang sepatutnya menyediakan pesekitaran yang selamat untuk orang ramai? Adakah ibu bapa Allahyarham Nurin akan didakwa sekiranya anak mereka ditemui dalam keadaan selamat? Apakah tidak cukup dengan penderitaan yang mereka lalui, maka perlu lagi mereka didakwa kerana cuai menjaga anak mereka? Tidakkah sepatutnya kerajaan, pihak polis yang disaman kerana tidak memastikan keselamatan rakyat yang telah mengundi mereka? Yang penting sekarang ialah pembunuhnya dikesan, dibawa ke muka keadilan & dihukum dengan setimpalnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah...

Kredit : Utusan Malaysia Online

Blogged with Flock

23 September 2007

Al-Fatihah

Nurin Jazlin, satu nama yang mungkin takkan memberi apa-apa makna kepada kita sebelum ini. Tiada siapa menyangka sikecil yang manis ini akan dikenali di seluruh Malaysia, namun atas sebab-sebab yang begitu memilukan. Dilaporkan hilang 20 Ogos 2007, Nurin disahkan meninggal dunia pada Jumaat, 21 September 2007. Semoga pembunuhnya dapat dikesan secepat mungkin, agar keadilan dapat ditegakkan untuk Allahyarham. Al-Fatihah...

Nurin Jazlin Jazimin - photo credit to Malaysiakini

In Memory Of Nurin Jazlin...
Author Unknown

I am only eight years old
Just five years from my teens
Which I will now never see
And it’s more than just that
For I won’t see too the sun
Nor the moon nor the rain
Nor feel the soft pitter patter
Of warm raindrops gathering
In my tresses, running gently
Down to my once warm body

I am only eight years old
Denied my youth, cut down
With no dignity, with no one
I love besides me, to hold me
As I trembled from violence
Inexplicable cruelty, no pity
No chance to say goodbye
To emak and ayah and pals
Why, no one can tell me now
Too late, I'm part of the dark

I am only eight years old
Will you remember me as
You do Altantuyaa Shariibuu
Not a glamorous beauty
No high profile case in me
Just a neighborhood kid
I have never been abroad
To France or European cities
Just local Wangsa Maju
An innocent child, no more

I am only eight years old
So why do they say it’s all
God’s Will, dear wonderful
God who loves us all, why
Blame Him, for it was Evil
Who stalked me as a prey
Be like the Chinese and bury
Me in red clothing, armed
With scissors in my hands
To set me off as Rhamnousia

----------------------------------

Nurin Dipangkuan Ilahi
Penulis : Anonymous

Nurin
Pemergian mu mengejutkan insan
yang memahami erti kemanusiaan
menghargai kasih sayang
mempunyai anak perempuan
sebaya dengan mu.

Nurin
wajah mu memang jelita
manja, ayu, suci
tetapi bukan untuk dimamah nafsu rakus
kaum Adam yang kehilangan akal
harga diri, maruah dan iman.

Nurin
disaat ini
roh mu berada di dunia asing
di alam barzakh tak berketepian
walaupun di dalam berlainan bentuk
Nurin ingin mengucapkan sesuatu…

Wahai bangsa ku
kaum Adam, kaum Adam, kaum Adam
ku tinggalkan kalian semua
rela dan akur takdir Illahi
namun tak rela dilakukan sedemikian
salahkah daku tak mengerti lelaki?

Wahai bangsa ku
kaum Adam, kaum Adam, kaum Adam
terima kasih kerana menyelematkanku
daripada kesiksaan mengharungi dunia
yang semakin mengeliru dan mengerikan
menakut dan membingungkan.

ALLAH, Nurin di dakapan mu
di bawah naungan arash mu
di dalam jagaan mu
dakap dan naungilah Nurin
kerana Nurin merindui mu
sehebat kerinduanmu kepadanya.

Selamat tinggal Nurin
selamat bersemadi di alam barzakh
kami semua amat terkilan
kerana gagal melindungi mu
semoga di akhirat nanti
sudilah ampun kealpaan kami.

---------------------------------------

21 September 2007

Bazar Ramadhan

Bulan Ramadhan tidak sah tanpa bazar Ramadhannya. Apa yang aku tahu, tiap-tiap tahun bazar Ramadhan akan penuh, tak kira pengunjungnya berpuasa, tak berpuasa, tak boleh puasa atau memang tak diwajibkan puasa. Kalau di Kuantan, bazar Ramadhan yang paling popular adalah di Stadium Darul Makmur dan di Masjid Negeri. Antara juadah berbuka yang paling istimewa ialah Murtabak Mengkasar (belilah yang asli!), gulai kawah, ayam golek dan bubur lambuk.

Tapi yang aku nak ceritakan ialah bazar Ramadhan yang paling istimewa, yang tidak dibuka untuk orang awam. Penjualnya pula adalah orang yang berada disekeliling kita. Bazar ini hanya dibuka pada waktu pejabat sahaja? Dah dapat teka bazar Ramadhan di mana yang aku nak ceritakan?

Orang perempuan lah yang paling sibuk di bulam Ramadhan. Masing-masing menonjolkan bakat untuk menjadi peniaga. Sebut apa sahaja, pasti semua ada dijual. Kasut, beg tangan, cadar, kuih-muih, lauk-pauk berbuka sehinggalah mengambil tempahan menjahit baju. Ini situasi di tempat kerja aku. Tempat lain, tak tahu la pula.

Di tempat aku ni, tiap-tiap hari akan ada bekalan dadih. Setiap hari perasanya berlainan. Mangga, blueberry, mocha, semuanya ada. Lauk berbuka, samada ikan atau ayam percik. Kuih-muih dan kerepek, jangan cakap lah. Sebelum Ramadhan lagi promosi sudah dijalankan.

Aku? Kadang-kadang aku beli, kadang-kadang tak. Aku menjual? :-) biskut bawang adalah, setengah kilo RM 7. Nak tempah? ;-)

Blogged with Flock

10 Senarai Semak Persiapan & Perlaksanaan Puasa

  1. Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith.
  2. Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.
  3. Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,berbohong) sebelum, ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.
  4. Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan)
  5. Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.
  6. Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.
  7. Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.
  8. Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbanyak bersabar.
  9. Usahakan anda beri’tikaf (berdiam diri/menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu.
  10. Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

Dari Buku “PANDUAN IBADAH PUASA RAMADHAN terbitan BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM (BKKI), NPC

18 September 2007

Bajet 2008 : Kesan Kepada Bidang Pendidikan

Aku rasa agak terlambat sebenarnya untuk aku memberikan ulasan aku berkenaan Bajet 2008 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7 September yang lalu. (Untuk intipati Bajet 2008, sila rujuk entri ini.).

Jika dirujuk kepada intipati tersebut, pendidikan telah diperuntukkan bahagian yang agak banyak.
  1. Peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan.

  2. Yuran sekolah dimansuhkan.

  3. Skim pinjaman buku teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.

  4. Elaun guru pendidikan khas ditingkatkan dari RM100 kepada RM250 sebulan.

  5. Elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari.

  6. Menyediakan elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

  7. Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk pelaksanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

  8. Peruntukan terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur; RM15.6 bilion untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan; RM7.0 bilion untuk sektor keselamatan; RM2.9 bilion untuk pentadbiran; dan RM2.0 bilion untuk simpanan luar jangka.


Paling menarik perhatian aku, pemansuhan yuran sekolah. Ini menjadikan sistem pendidikan di Malaysia 100% percuma. Pemansuhan yuran ini diharap dapat menghapuskan kadar keciciran di sekolah. Kerap kali kita mendengar pelajar yang tidak hadir ke sekolah memberikan alasan kewangan sebagai punca utama ketidak hadiran mereka. Namun begitu, kesan pemansuhan ini hanya akan dapat dilihat mulai tahun hadapan.

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) juga diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga mereka. Dari satu sudut, ini akan meringankan beban tugas guru SPBT di sekolah yang tidak perlu lagi memikirkan samada seseorang pelajar itu layak ataupun tidak mendapat pinjaman buku teks. Tidak ada lagi penjaga yang akan memalsukan slip gaji semata-mata mahukan anak-anak mereka mendapat buku teks secara percuma (dari cerita-cerita yang aku dengar). Namun dari satu segi yang lain, adakah bekalan buku teks mencukupi untuk diberikan kepada semua pelajar? Dapatkah pihak kementerian memastikan buku-buku teks dapat dibekalkan ke semua sekolah sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baru tahun hadapan? Mungkinkah akan ada penjaga yang akan ke sekolah untuk memastikan anak-anak mereka mendapat buku teks yang cukup dan terkini?

RM45 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Projek SchoolNet, yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan internet di sekolah-sekolah. Perancangan yang baik, namun jika apa yang aku perhatikan di sekolah menjadi kayu ukuran, banyak lagi yang perlu diberi perhatian, terutamanya dari segi penyenggaraan. Sebuah makmal komputer yang mempunyai 30, 40 buah komputertidak bermakna jika kurang dari separuh sahaja yang berfungsi. Pokok pangkalnya, penyenggaraan.

13 September 2007

Gempa bumi kuat melanda selatan Sumatera, amaran tsunami

KUALA LUMPUR 12 Sept — Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan, gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, penduduk di kawasan pantai terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dinasihati supaya menjauhi kawasan pantai.

Gegaran turut dirasai di kawasan Barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit lepas.

Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.

Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.

Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.

Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan.

Di JOHOR BAHARU, gegaran turut dirasai sehingga menyebabkan orang ramai terutamanya di bangunan tinggi keluar ke perkarangan bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Saiful Bahari berkata, jabatan itu menerima banyak laporan daripada orang ramai khususnya yang tinggal di bangunan tinggi seperti kondominium Bukit Saujana, Taman Desa Cemerlang, flet Bukit Cagar dan juga di Gelang Patah.

Saiful berkata jabatan itu telah menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan tinggi yang terlibat.

Di KUALA LUMPUR, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata, jabatan itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai melaporkan bangunan dan rumah pangsa mereka mengalami gegaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penghuni dan pekerja di bangunan tinggi terbabit bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

“Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Pandan Jaya, Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Kepong, Cheras dan kompleks kerajaan di Jalan Duta.

Anggota bomba telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk memantau keadaan keselamatan di sana,” katanya.

Bagaimanapun pihak bomba meminta orang ramai supaya tidak panik dan bertenang memandangkan gegaran itu cuma tempias daripada gempa bumi di Sumatera.-Bernama

Dipetik dari : Utusan Online

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak

Aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua, semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dan juga bukanlah Ramadhan kita yang terakhir. Wassalam.

11 September 2007

September 11 - Selepas 6 Tahun

11 September 2001, tarikh yang telah mengubah perjalanan dunia. 6 tahun yang lalu, WTC Twin Tower telah dilanggar oleh 2 pesawat. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan adakah benar-benar diserang oleh rangkaian Al-Qaeda ataupun tidak.

Beberapa bacaan menarik :
  1. September 11 News.com
  2. September 11 Digital Archive
  3. 911 Truth
Walau apapun, sebagai manusia, aku turut bersedih dengan apa yang telah berlaku 6 tahun lepas. Tidak kira apapun bangsa dan agama mangsa-mangsa yang terlibat, mereka tetap mangsa yang tidak berdosa. Bilakah keamanan akan benar-benar wujud di Bumi ini?

08 September 2007

Bajet 2008 : Intipati

Berikut adalah intipati Bajet 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang semalam.

  1. Peruntukan RM30 bilion untuk pendidikan.

  2. Yuran sekolah dimansuhkan.

  3. Skim pinjaman buku teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak.

  4. Elaun guru pendidikan khas ditingkatkan dari RM100 kepada RM250 sebulan.

  5. Elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari.

  6. Menyediakan elaun RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

  7. Mengecuali cukai pendapatan bagi sekolah rendah dan menengah yang dibiayai oleh badan amanah dan pertubuhan amal. Ia akan memberi manfaat kepada sekolah Cina, Tamil dan sekolah agama.

  8. Menaikkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, antara 23 peratus sehingga 84 peratus, berkuatkuasa mulai semester sesi 2007.

  9. Elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, berkuatkuasa september 2007.

  10. RM2 bilion bon diterbit oleh Bank Negara untuk dilanggani warga emas 55 tahun ke atas - maksimum RM50 seorang.

  11. Kadar bantuan untuk warga emas dinaikan dari RM200 kepada RM300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2008.

  12. RM105 juta untuk membina 280 Tabika baru menjadi jumlahnya lebih 7,600.

  13. Elaun bulanan orang kurang upaya (OKU) naik dari RM200 kepada RM300.

  14. Bantuan khas RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantas dan pesakit penyakit kronik.

  15. Potongan cukai kepada majikan bagi kos ubahsuai tempat kerja bagi pekerja OKU.

  16. RM381 juta untuk Program perumahan untuk rakyat - RM191 juta untuk program perumahan rakyat (PPR) disewa dan RM190 juta bagi PPR bersepadu.

  17. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempergiatkan pembinaan 6,000 unit (program pemulihan rumah terbengkalai), 36,000 unit (program perumahan mampu milik) dan 4,000 (program rumah mesra rakyat).

  18. RM8 bilion untuk tingkat kualiti hidup di Sabah dan Sarawak - antaranya, membina jalan dan menaikan taraf jalan, perkhidmatna kesihatan luar bandar, kemudahan hospital, perumahan kos rendah, bekalan elektrik dan air.

  19. RM200 juta pergiat aktiviti pelancongan di Sabah dan Sarawak.

  20. RM800 juta untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup bumiputera di Sabah dan Sarawak.

  21. Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran bulanan untuk membiayai pinjaman perumahan.

  22. RM214 juta untuk tujuan pembasmian kemiskinan, antaranya langkah meningkatkan isu rumah, memperkukuh pembangunan modak insan serta memberi bantuan perumahan kepada golongan miskin tegar.

  23. RM117 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program pengurangan kemiskinan dan program lonjakan mega untuk menjana pendapatan penduduk di kawasan kurang maju dan terpencil.

  24. RM680 juta untuk membina jalan luar bandar dan jalan kampung.

  25. RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik luar bandar.

  26. RM70 juta kemudahan sosial dan RM15 juta pendidikan ICT di luar bandar.

  27. RM170 juta untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

  28. RM782 juta diperuntukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk program pembangunan kapasiti dan kemahiran wanita, khususnya ibu tunggal.

  29. RM10 juta bagi NGO memberi latihan kepada surirumah mengenai kaedah penjagaan bayi dan kanak-kanak.

  30. RM6 bilion untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk banteras jenayah, tambah anggota.

  31. RM1 bilion untuk projek tebatan banjir termasuk di Sungai Muda, Sungai Kelantan, Sungai Damansara, Sungai Prai dan projek mengatasi banjir Kuala Lumpur.

  32. Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi semua bidang pengajian peringkat lepasan ijazah, serta di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

  33. Pengecualian stem duti sebanyak 50 peratus bagi surat cara pindah milik bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM250,000.

  34. Pengecualian cukai sehingga RM6,000 bagi setiap tahun perkhidmatan bagi pekerja swasta yang bersara wajib pada umur 50 hingga kurang daripada 55 tahun.

  35. Pelepasan cukai individu sehingga maksimum RM300 setahun bagi pembelian peralatan sukan dan senaman.

  36. Surat cara pindah milik hartanah atara suami isteri atas dasar kasih sayang dikecuali daripada stem duti.

  37. Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus dan pengurangan lanjut sebanyak 25 peratus pada 2009.

  38. Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31
    Disember, 2010.

  39. Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

  40. KWSP akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

  41. Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara.

  42. Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiayai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiiti pengurusan dana Islam.

  43. Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

  44. Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

  45. Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasusk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

  46. Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

  47. Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

  48. Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

  49. Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.

  50. PKS akan diberikan kelonggaran dua tahun untuk membayar cukai pada akhir tahun kewangan berbanding ansuran bulanan.

  51. Penyedia kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.

  52. Pengecualian cukai jualan dan duti import akan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan peranti akses pengguna.

  53. RM12 bilion akan dibelanjakan dalam empat tahun akan datang, bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

  54. Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang akan dilaksanakan menerusi tender tidak lama lagi.

  55. Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan tidak lama lagi.

  56. Bagi membasmi kemiskinan tegar, RM214 juta diperutukan untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat; dan RM117 juta untuk Program Pengurangan Kemiskinan dan Program Lonjakan Mega.

  57. RM680 juta untuk pembinaan jalan-jalan kampung dan luar bandar, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik, RM70 juta untuk kemudahan sosial, dan RM15 juta untuk pendidikan ICT di luar bandar.

  58. Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk pelakanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

  59. RM13 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, pembelian bekalan ubat dan perkakasan kesihatan.

  60. Pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur pada 2008.

  61. Dalam usaha menyemai tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan genda serta program pembangunan vendor tempatan dan Bumiputera, dalam penyata CSR.

  62. Penubuhan dana permulaan RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR terpilih.

  63. RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis keerja penyelenggaraan.

  64. Galakan taraf perintis 100 peratus atau elaun cukai perlaburan sebanyak 60 peratus selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam pembinaan makmal bertaraf antarabangsa bagi pengujian peranti perubatan.

  65. Dalam menyemai tanggungjawab sosial (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender serta program yang dijalankan bagi membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera dalam penyata CRS mulai tahun kewangan 2008.

  66. Kerajaan akan menyokong usaha untuk menubuhkan Dana CSR dengan peruntukan awal RM50 juta, untuk digunakan bagi membiayai projek-projek CSR terpilih.

  67. RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.

  68. RM176.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2008 - RM128.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM48.1 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

  69. RM64 bilion atau 49.6 peratus perbelanjaan mengurus ialah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM36.2 bilion untuk emolumen, RM25.5 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan, RM2.1 bilion untuk pembelian aset dan RM1.13 juta untuk perbelanjaan lain.

  70. Peruntukan terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur; RM15.6 bilion untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan; RM7.0 bilion untuk sektor keselamatan; RM2.9 bilion untuk pentadbiran; dan RM2.0 bilion untuk simpanan luar jangka.

  71. Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2007 berbanding 3.3 peratus pada 2006.

  72. Defisit Fiskal dikurangkan lagi kepada 3.1 peratus pada 2008.

  73. Pertumbuhan ekonomi pada 2008 disasarkan antara 6.0-6.5 peratus pada 2008.

Nota : tiada satu pun pengumuman bajet kali ini yang memberikan kesan kepada aku secara langsung. rokok pun tak naik harga, bonus kakitangan awam pun tiada.

Teks penuh Bajet 2008

Dipetik dari laman web Malaysiakini

07 September 2007

Bajet 2008

Tidak berpeluang untuk menonton pembentangan Bajet 2008 secara langsung, ada di sekolah untuk program sekolah. Ulasan/rumusan akan dilakukan setelah meneliti teks Bajet 2008. Terima kasih.

* Kemaskini * - Program Pembangunan Modal Insan

Jumaat - Sabtu (7/9/2007 - 8/9/2007) : Program Pembangunan Modal Insan

Satu program yang pada dasarnya baik, tetapi kurang berjaya disebabkan oleh tidak mendapat kerjasama dari semua pihak. Program ini sepatutnya mengumpulkan pelajar-pelajar yang dikenalpasti bermasalah di sekolah agar dapat ditingkatkan lagi modal insan mereka. Peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Walaupun beberapa orang penjaga telah dilantik sebagai fasilitator, tetapi hanya 2, 3 orang penjaga sahaja yang benar-benar bersama sewaktu program berlangsung.

Jumaat - aktiviti pertama, hafazan surah-surah pilihan. Menyedihkan, anak-anak Melayu Islam tidak dapat menghafaz surah-surah pendek, surah-surah lazim. Tapi itu hanya kejutan pertama. Selepas solat Asar, aku dikejutkan dengan satu lagi kejutan. Ada seorang pelajar yang langsung tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Bukan tergagap-gagap, tetapi langsung tidak boleh. Aku beristighfar panjang.

Selepas solat maghrib, program diteruskan lagi dengan amali solat. Haji H*ishamuddin & Ustaz R*azlan menegur beberapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Hanya dari segi perbuatan, belum lagi diperiksa tentang bacaan-bacaan mereka. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Amali solat

Slot ceramah mengisi waktu malam mereka. Penceramah jemputan nampaknya seperti berjaya meningkatkan motivasi pelajar, namun aku takut jika mereka hanya "hangat-hangat t*ahi ayam" .

Slot ceramah

Keesokan harinya, disambung lagi dengan amali mengambil wuduk. Majlis penutup berlangsung pada waktu tengah hari, perasmian penutup oleh YDP PIBG. Masa yang sangat singkat, namun aku berharap kalaupun mereka tidak dapat berubah secara keseluruhan, sekurang-kurangnya mereka dapat juga sedikit sebanyak ilmu selama 2 hari 1 malam ini.
Amali wudukCenderahati untuk YDP PIBG (baru balik kebun katanya)

Solat Hajat

Pendaftaran Solat Hajat (nak solat hajat pun kena daftar ek?)

Malam tadi telah diadakan majlis solat hajat sempena PMR, SPM dan STPM di sekolah. Dari pandangan aku, ini adalah langkah terakhir setelah semua pelajar bertungkus lumus belajar dan mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan masing-masing. Seingat aku, amalan (atau tradisi?) solat hajat sebelum bermulanya peperiksaan awam yang besar telah ada sejak aku masih dibangku sekolah (tahun 90-an).

Antara pelajar, penjaga dan guru yang hadir

Namun begitu, malam tadi masih ada pelajar menunjukkan ketidakinsafan mereka. Ada yang bermain-main sewaktu solat hajat itu diadakan. Ada juga yang langsung tidak menghadirkan diri, walhal majlis diadakan untuk kebaikan mereka. Aku agak terkilan, namun seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya."

Kedatangan guru-guru juga boleh dibilang dengan jari. Aku kecewa. Seolah-olah mereka sahaja yang perlu menguruskan keluarga. Aku akui kedudukan sekolah yang agak jauh dari jalan besar dan ketiadaan lampu jalan disepanjang jalan menuju ke sekolah menyebabkan aku sendiri agak takut untuk ke sekolah pada waktu malam namun majlis ini adalah cara terakhir guru-guru untuk mendoakan kejayaan anak murid mereka. Bukankah doa guru itu makbul? Aku kurang mengerti dengan sikap mereka.

Jamuan selepas solat (ke datang solat hajat untuk makan free je?hehehe...)

05 September 2007

Pelajar Gagal : Salah Siapa?

Petang tadi, lepas sekolah, ada Mesyuarat Penilaian Impak Percubaan PMR 2007. Pendek kata, sebenarnya mesyuarat analisis, namanya yang di'bombastik'kan. Dari 1 segi, aku memang setuju dengan segala retorik yang diwar-warkan, analisis peperiksaan, manual kajian tindakan (ini cerita lain), post- & pre-test, analisis soalan, bermacam-macam lagi. Tapi malam ni, aku nak membebel pasal mesyuarat petang tadi. (yang lain-lain, aku simpan dulu).

Apa pengisian mesyuarat ni? Sebenarnya apa yang dibentangkan dalam mesyuarat adalah ringkasan dari keputusan percubaan PMR baru-baru ni. Setiap panitia (jangan tanya aku apa maksud 'panitia', aku pun tak tau!) diminta membentangkan ringkasan keputusan mengikut mata pelajaran dan juga strategi untuk meningkatkan keputusan. Dari 1 segi, aku setuju dengan hala tuju dan matlamat mesyuarat, untuk membincangkan cara-cara untuk meningkatkan dan memperbaiki keputusan PMR yang sebenar nanti.

Tapi dari 1 segi pula, setelah mendengar ringkasan dan ulasan yang diberikan oleh guru-guru dan pengetua, aku dapat merasakan bahawa sistem pendidikan kini memaksa seseorang untuk datang ke sekolah, menduduki peperiksaan dan meneruskan persekolahan (mereka yang gagal PMR juga dibenarkan untuk meneruskan persekolahan ke Tingkatan 4). Apa yang akan terjadi nanti? Sekolah akan penuh dengan pelajar yang sebenarnya tidak mahu belajar. Aku pasti kita pasti pernah mendengar ayat "Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasibnya sendiri." Kenapa kita perlu memaksa pelajar yang tidak berminat untuk belajar? Ada pelajar yang tidak peduli samada lulus atau tidak, tiada keinginan untuk lulus, tiada motivasi untuk belajar. Jadi soalannya sekarang, kalau pelajar gagal, salah siapa?

Di kalangan guru, pelajar akan disalahkan. Jika soalan yang sama ditanya kepada pelajar, jawapannya pelbagai. "Cikgu ajar tak bagus", "Penerangan cikgu tak jelas" dan seribu satu lagi jawapan. Jarang, ataupun tak pernah ada pelajar yang mengaku kegagalannya berpunca dari diri sendiri. "Apa yang cikgu ajar anak saya?", soalan kegemaran ibu bapa kepada guru-guru jika anak mereka gagal. Kalau ditanya tokoh pendidikan, jawapanya, "Tidak ada pelajar yang bodoh, semua pelajar adalah pada tahap yang sama. Jika ada pelajar yang gagal, guru perlu bermuhasabah, menyedari bahawa kegagalan berpunca dari kelemahan dalam pengajaran guru." Apa pendapat anda?

Tidak ada guru yang mahu melihat anak muridnya gagal. Jika semua pelajar adalah sama tahap kecerdasannya, dengan kaedah pengajaran yang sama boleh menghasilkan pelajar yang cemerlang, kenapa ada pelajar yang gagal? Adakah kegagalan pelajar itu berpunca dari guru? Ibu bapa yang prihatin, yang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka pasti dapat mengenal pasti jika anak mereka tidak menunjukkan keputusan yang baik. Tetapi tidak ramai ibu bapa yang mengambil berat mengenai pelajaran anak mereka, tidak ramai ibu bapa yang mengambil inisiatif untuk mengenali guru-guru anak-anak mereka. Apa yang mereka tahu, apabila anak mereka di sekolah, semuanya di bawah tanggungjawab sekolah. Walhal untuk pelajar itu mencapai kejayaan, semua pihak (pelajar, ibu bapa & guru) perlu bekerjasama.

Lebih baik aku berhenti dulu, dah lewat. selamat malam!

04 September 2007

Merdekakah Kita?

MY-50-Merdeka-Logo-big

Agak lambat aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-50" kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa nih. Samada kita sedar atau tidak, dalam tempoh 50 tahun ini, Malaysia telah mencapai satu tahap kemajuan yang tidak pernah difikirkan oleh datuk nenek kita dahulu. Sebelum merdeka, ada yang mempersoalkan, "Boleh ke kita memerintah sendiri?". Hasilnya, kini Malaysia adalah salah satu negara yang lantang memperjuangkan nasib negara-negara ketiga dan Islam.

Seperti juga sewaktu Tun Dr. M mencetuskan idea untuk menghasilkan kereta kita sendiri. Ada yang bertanya, "Boleh ke kita buat kereta sendiri? Jarum pun kita tak mampu nak buat." Tetapi kini Proton sudahpun meluncur di jalan-jalan raya di Tanah British, bekas penjajah kita. Mungkin ada yang memperlekehkan Proton sebagai 'kereta tin Milo' (itu yang aku dengar masa aku kecik-kecik dulu), tapi kita kena ingat, sejarah Proton kurang dari 30 tahun. Aku tetap bangga dengan kejayaan Proton (walaupun bunyi-bunyi dalam WLB, CBD dan CBY masih aku tak dapat nak atasi...hehehe...).

Dalam suratkhabar hari ini, ada 1 lagi berita yang membanggakan aku. Kecemerlangan Nur Amalina diteruskan di peringkat A-Level. Dia telah berjaya mencapai keputusan 5A untuk A-Levelnya. Siapa kata orang Melayu tidak pandai? Amalina telah membuktikan sebaliknya. Tetapi apa yang menyedihkan aku, ada diantara anak-anak murid aku yang sampai kini masih tidak sedar akan kepentingan pelajaran. Mereka hanya menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk datang ke sekolah, untuk mendapat duit belanja dari ibu bapa. Apa yang lebih menyedihkan, sindrom ini bukan hanya ada pada pelajar di tingkatan rendah (tingkatan 1 &2) tetapi juga ada pada pelajar menengah atas (tingkatan6). Apa lagi yang harus aku lakukan?

Aku rasa aku nak berhenti dulu. Dah pukul 8:35 malam, lapar la...

p/s: thanks to blogger KJ for the logo. ribuan terima kasih untuk En. Nor Azian A. Hasan atas logo sambutan kemerdekaan ke50 ciptaannya.